Resepi Bihun Soto Kegemaran Yang Mudah Disediakan

Resepi Bihun Soto Kegemaran Yang Mudah Disediakan

Antara Mee dan Bihun hn lagi suka bihun tapi anak lagi suka makan mee. Dulu masa tak kahwin lagi, kalau pergi pasar malam mestilah beli bihun sup atau bihun soto. Pernah kerja tolong family kawan berniaga di pasar malam jual makanan macam ni, mestilahh kita letak bihun sup ayam lebih ok. Hahaha..Kawan pon ingat lagi sampai sekarang..hehe

Resepi Bihun Soto

Sekarang ni musim hujan rasa sedap je kan kalau dapat makan sup-sup. Macam Hn memang lagi suka makan sup-sup dari nasi. Tapi sejak pregnant kedua ni dia macam pilih makan nasi lauk-lauk simple je pon sedap dah. Hahaa.. Tapi kalau ada kedai jual bhun sup sedap memang daku tetap pilih bihun sup sedap tu lah..kehkeh.. Ok jom kita tengok resepi bihun soto pula..

   

Bahan-bahan Bihun Soto

Bahan kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
Bahan lain
  • 1/2 kg daging
  • 2 batang kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 buah pelaga
  • 1 1/2 sudu rempah sup
  • 1/2 sudu rempah ketumbar
  • Kiub ayam
Bahan begedil
  • 4 biji kentang
  • 2 biji telur
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Saleri
  • Bawang goreng
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit tepung

Cara penyediaan

  1. Tumis rempah kasar sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak
  2. Masukkan rempah sup dan ketumbar, kemudian masukkan sedikit air. Tumis hingga naik bau
  3. Masukkan daging dan stok ayam. Rebus hingga daging empuk. Masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam
  4. Kuah soto sedia dihidang bersama meehoon atau pun ketupat.
  5. Untuk buat begedil, kentang haruslah direbus empuk terlebih dahulu
  6. Lenyekkan kentang dan masukkan telur, daun sup, daun bawang, saleri, bawang goreng, garam dan gula.
  7. Goreng begedil dengan menggunakan minyak panas. Sedia dihidang bersama soto

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..  dahsyat seminit resepi ni dah ada apps ok..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Sumber : Seminit Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah