Nasi Tomato Resepi Hujung Minggu Untuk Keluarga

Nasi Tomato Resepi Hujung Minggu Untuk Keluarga

Nasi tomato ni memang boleh layan. Macam anak hn dia suka nasi yang ada rasa. Kalau makan nasi gitu je kene gaul dengan kicaplah baru dia makan habis tau. Budak-budak kann.. Tu kira bertuah la kalau dia nak makan habis. Kalau tak dia biar gitu je lepas tu ibu yang nak jadi hulk ni haa makan tak habis..dok susah hati kang lapar ke kannn..hehe

Resepi Nasi Tomato

Kalau dapat nasi tomato dengan ayam masak merah ni perghh tak pandang kiri kanan dah bila dah siap masak. Harudlah nikmati dengan aman dan tenteram sambil mengunyah dan menikmati rasa dia. Ewahhhh.. ok jom tengok resepi yang dah seminit resepi sediakan ni ok..

   

Bahan-bahan

Bahan nasi
  • 4 cawan beras
  • 2 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu butter
  • 3 sudu minyak masak
  • Rempah kasar
  • 3 sudu tomato puri
  • Garam
  • Air secukupnya
Bahan ayam masak merah
  • 1 ekor ayam
  • 1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 2 cawan cili kering (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • Rempah kasar
  • 1 biji tomato
Bahan acar
  • 1 biji timun
  • 1/2 biji nenas
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang cili hidup
  • 3 sb cuka
  • 5 sb gula

Cara penyediaan

  1. Beras hendaklah dibasuh dah direndam terlebih dahulu
  2. Tumis rempah kasar bersama bawang, apabila sudah layu masukkan tomato yang dipotong dadu
  3. Masukkan susu cair, tomato puri dan daun pandan
  4. Masukkan beras dan air mengikut sukatan. Jangan lupa masukkan garam sebagai perasa
  5. Untuk masak ayam masak merah, tumis rempah kasar dan bawang besar hingga naik bau
  6. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
  7. Masukkan gula melaka dan sedikit air. Apabila menggelegak, masukkan ayam yg sudah di goreng. Perasakan dengan garam. Sedia dihidang
  8. Potong kesemua bahan untuk membuat acar, dan gaul bersama cuka, gula dan garam. Sedia dihidang

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..  dahsyat seminit resepi ni dah ada apps ok..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Sumber : Seminit Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah