6 Petua Mudah Untuk Atasi Masalah Rambut Gugur

6 Petua Mudah Untuk Atasi Masalah Rambut Gugur

Hn sebelum kahwin memang masalah rambut gugur ni sangat teruk. Sampaikan pergi salon 4bulan sebelum kahwin , orang kat salon tu pon kata benda yang sama. Mak hn pon bising rambut merata..huhu.. Tapi sekarang alhamdulillah bila mengandung je rambut kurang la gugur sikit. Pelik pulak kann..hehe

Petua Mudah Atasi Rambut Gugur

1. Santan
Lumurkan 250ml hingga 500ml santan pada kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan 3kali dalam seminggu.
2. Garam
Sesudah syampu rambut, letakkan sejumlah garam di dalam besen kemudian rendam selama 3 hingga 5 minit. Urut kepala dengan lembut agar air garam meresap ke dalam kulit kepala. Setelah selesai, bilas rambut.
3. Daun Bunga Raya
Masukkan daun bunga raya ke dalam bekas berisi air dan ramas kemudian lumurkan pada keseluruhan kepala. Lendir daripada daun bunga raya dipercayai dapat menyuburkan akar rambut.
4. Daun Lidah Buaya
Ambil daun lidah buaya kemudian belah untuk diambil lendirnya kemudian sapukan ke rambut dan keseluruhan kulit kepala.
5. Kacang Hijau
Rendamkan kacang hijau selama semalaman. Keesokannya, tapis airnya dan sapu dan urut perlahan-lahan kulit kepala. Setelah selesai bilas dengan air bersih.
6. Kuning Telur
Sapukan kuning telur pada rambut dan kulit kepala kemudian urut kulit kepala selama 10-15 minit. Setelah selesai, cuci dengan menggunakan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut.
Sumber : Seminit Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah