Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba

Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba

Nasi ayam siapa yang tak suka kan. Lagi bila tukang masak buat sedap-sedap perghh boleh bertambah 2,3 pinggan kan. Kalau beli kat luar boleh makan sekali je laaa. Nak lagi kene beli lagi so senang citer buat sendiri je la nasi ayam boleh bertambah-tambah ikut sukaa..

Resepi Nasi Ayam

Nasi ayam ni kena dengan pakej ayam, sambal dan kicap sedappp perghhh memang meratah ayam gitu je pon dah sedap. Aduhhh.. lapar pulak perut hn ni haa… kalau bahan cukup memang dah buat dah nasi ayam tengahari ni, tapi peti ais tu kosong pulak tak pergi pasar lagi sebab kejap lagi nak balik kg. Ok jom la kita tengok resepi nasi ayam ni.

   

Bahan-bahan

Bahan nasi
  • 5 cawan beras
  • 2 sudu planta
  • 1 inci halia
  • Serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • Air stok ayam secukupnya
Bahan stok ayam
  • 6 keping ayam bahagian tight
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • Air secukupnya
  • Kiub pati ayam
Bahan sup ayam
  • Rempah kasar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • Air stok ayam
  • Daun sup
  • Daun bawang
Bahan perapan ayam
  • 1 sudu sos tiram
  • 5 sudu kicap
  • Garam
  • Gula
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Bahan kicap
  • Air lebihan perapan ayam
  • 1/4 cawan stok ayam
  • 1 sudu tepung jagung
  • Gula
Bahan sambal
  • 3 cili hidup
  • 10 cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 tangkai akar ketumbar
  • 2 biji air limau nipis
  • 1/2 biji kulit limau
  • Garam
  • Gula

 

Cara penyediaan

  1. Masukkan kesemua bahan stok ayam, dan rebus hingga ayam empuk.
  2. Rendam beras basmathi sekurang-kurangnya 20 minit. Tumis bahan untuk nasi ayam. Apabila sudah naik bau, masukkan beras dan stok ayam. Perasakan. Masak nasi seperti biasa
  3. Perap ayam dengan semua bahan perapan ayam. Kemudian goreng menggunakan minyak yang panas. Pastikan tidak menggoreng terlalu lama.
  4. Untuk membuat sup ayam, tumis rempah kasar, bawang dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan stok ayam. Perasakan dengan kium pati ayam atau garam
  5. Gunakan air lebihan perapan ayam untuk membuat kuah kicap. Tambah sedikit air stok ayam dan campurkan dengan tepung jagung. Perasakan
  6. Kisar kesemua bahan untuk sambal. Perasakan dengan garam dah gula.
  7. Nasi ayam sedia dihidang bersama salad, timun dan tomato

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..  dahsyat seminit resepi ni dah ada apps ok..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Sumber : Seminit Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah