Resepi Laksa Kegemaran Yang Mudah Dan Senang

Antara makanan kesukaan mestilah resepi laksa. Kalau malas nak buat tunggu je lah bila ada pasar malam dekat putrajaya tu. Boleh tahan juga gerai pakchin laksa kalau rajin gi pasar malam hari jumaat. Macam hn malas nak buat sendiri sebab suami tak suka laksa..haha

Resepi Laksa

Kebetulan anak dara sorang ni baru 2tahun tapi selera makan dia memilih sikit. Kadang-kadang bila kita beli satu je laksa untuk diri sendiri then bagi dia makan laksa sikit suka pulak dia, tapi kadang kita beli satu untuk dia tak habis pulak dia makan laksa tu.

   

Pening jugak jadi mak ni kannn…gggrr.. Tapi ni berapa kali tunda dah nak buat tak buat2 lagi kang dah beranak mulalah mengidam..Hahaha.. apa2 kita share dekat blog dulu lah senang refer nanti.. Ok jom tengok resepi laksa ni..

Bahan-bahan resepi laksa

Bahan Rebus
  • Ikan kembung 1/2 kg
  • 3 asam keping
Bahan Kering
  • 20 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
Bahan Basah
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 inci lengkuas dihiris
  • 4 asam keping
  • Kiub pati ayam
  • Laksa beras
Bahan Hiasan
  • Daun salad
  • Timun
  • Cili hidup
  • Limau kasturi
  • Telur rebus

Cara Membuat

  1. Rebus ikan dan masukkan asam keping sehingga empuk.
  2. Apabila sejuk, asingkan ikan dan tulang. Isi ikan dibahagikan kepada dua. Satu bahagian hendaklah dilenyek kasar, dan satu bahagian lagi hendaklah dikisar halus. Tulang ikan pula dikisar dan ditapis untuk mengambil airnya sahaja.
  3. Kisar halus semua bahan kering dan satukan ke dalam periuk yg berisi air rebusan ikan tadi.
  4. Masukkan semua bahan basah dan perasakan dengan garam, gula & kiub ayam. Sedia dihidang.

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..  dahsyat seminit resepi ni dah ada apps ok..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah