7 Petua Hilangkan Lenguh Kaki

7 Petua Hilangkan Lenguh Kaki

7 Petua Hilangkan Lenguh Kaki

Petua Hilangkan Lenguh Kaki

Fuhhh kadang-kadang bila lenguh kaki je mulalah semua benda tak kena kan. Dah urut guna minyak panas pon masih rasa lenguh kaki lagi. Bila mengandung ni lagilah asyik rasa tak sedap je dekat kaki tu. Bila google rupanya ada kurang magnesium la sodium lah.. effect jugak yee.. sebab tu pentingnya ambil supplement..hehe.. Ok next boleh cuba cara2 ni ok..

1. Urutan

Mulakan dengan memicit-micit atau mengurut-urut betis untuk membantu melancarkan kembali peredaran darah. Gunakan losyen atau minyak urut untuk memudahkan urutan.

   

2. Rendaman

Sediakan semangkuk air kemudian tambahkan satu senduk garam biasa ataupun garam bukit. Rendamkan kaki ke dalam air tersebut selama 15-20 minit

3. Gerakan

Jika lenguh terasa mencengkam seperti kebas lakukan gerakan seperti menekan-nekan dengan jari pada bahagian yang sakit. Tahan selama 15-20 saat kemudian regangkan otot-otot kaki anda secara perlahan.

4. Minuman

Sediakan campuran madu dan jus lemon dalam secawan air suam atau satu sudu minyak ikab dengan segelas jus limau. Amalkan minum sebelum tidur.

5. Tuaman

Gunakan ais yang telah dibungkus dalam plastik kemudian bungkus sekali lagi dengan tuala. Tuam pada bahagian sendi serta keliling lutut 10-15 minit. Letakkan kaki pada kedudukan yang lebih tinggi semasa menuam.

6. Posisi Tidur

Ketika tidur letakkan kedudukan kaki lebih tinggi daripada badan. Gunakan bantal untuk diletakkan di bawah betis. Cara ini akan membantu melancarkan pengaliran darah dan mengelakkan berkumpul di bahagian kaki.

7. Lumur

Kupas kulit halia muda dan tumbuk hingga lumut. Biarkan sedikit berair kemudian lumur pada bahagian kaki yang berasa lenguh dan biarkan semalaman. Setelah pagi, bersihkan dan sapu sedikit minyak zaitun.

Sumber : Seminit Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah