6 Petua Mudah Hilangkan Bau Hanyir Ikan

6 Petua Mudah Hilangkan Bau Hanyir Ikan

6 Petua Mudah Hilangkan Bau Hanyir Ikan 2Petua Mudah Hilangkan Bau Hanyir Ikan

Selalu korang masak ikan macam mana? Kalau hn lepas dah defrostkan ikan tu rendam dalam air letak limau nipis..hehe.. Konon nak bagi wangi la kiranya..haha..Ok lepas ni kene try petua hilangkan bau hanyir ikan ni.

1.Air Garam

Selepas selesai membersihkan ikan, rendam ikan ke dalam air garam selama 15 minit. Cara ini akan menghilangkan bau hanyir ikan.

   

2.Halia

Halia bukan sahaja menghilangkan bau hanyir ikan malah mampu membuang toksin yang ada pada ikan. Caranya, cincang halia halus-halus dan sapu pada ikan kemudian biarkan selama 30 minit.

3.Lemon

Titiskan sedikit jus lemon pada ikan. Biarkan seketika sehingga ia meresap ke dalam ikan kemudia baru dibilas dengan bersih. Kalau tiada, boleh juga gunakan limau purut.

4.Cuka

Campurkan cuka ke dalam air dan rendamkan ikan dalamnya campuran tersebut untuk seketika. Setelah selesai, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan bau cuka.

5.Tepung Jagung

Campukan tepung jagung bersama serbuk kunyit dan garam kemudian sapukan ketiga-tiga bahan pada ikan. Perap selama 30minit atau lebih. Setelah selesai bilas ikan sehingga bersih atau boleh juga terus digoreng.

6. Daun Jambu Batu

Ambil beberapa helai daun jambu batu dan bersihkan. Ramaskan daun ke dalam bekas berisi air kemudian masukkan ikan ke dalam bekas berisi air tersebut untuk dibersihkan.

Sumber : Seminit Resepi

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah