Resepi Roti Jala dan Cara Membuat Roti Jala bersama Kari Ayam

Resepi Roti Jala dan Cara Membuat Roti Jala bersama Kari Ayam

Bila dah menuju hujung tahun ni hujan pon mula kerap kan. Bila dapat makan roti jala bersama kari ayam panas-panas masa musim hujan ni sedapnya kan pekena pula dengan kopi atau nescafe kegemaran.. Ahakss.. Lepas makan terbaring kekenyangan masyaAllah teruk betul perangai..haha

Resepi Roti Jala Bersama Kari Ayam

Roti jala bersama kari ayam ni tak kira musim juga kan. Tapi kalau masa bulan ramadhan pergi bazaar ramadhan tengok orang jual boleh tahan juga beratur panjang mula la masa tu tetiba mengidam juga..haha.. Tapi bila cuba rasa biasa-biasa je maka elok lagi buat sendiri ye dakk.. Haaa..meh hn share resepi roti jala bersama kari ayam ni..

   

Bahan-bahan Resepi Roti Jala Bersama Kari Ayam

Roti jala
  • 150 gram tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 180 gram santan
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Minyak jagung
  • Air (jika perlu)
Kari ayam
  • Ayam
  • 3 biji kentang
  • 1 paket kecil serbuk kari
  • 200 gram santan
  • 2 sudu cili kisar
  • Rempah kasar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam
  • Gula
  • Air
  • Asam keping

Cara Membuat

  1. Satukan kesemua bahan untuk membuat roti jala, dan kacau sehingga tiada ketulan.
  2. Masukkan adunan roti jala ke dalam bekas dan jalakan atas ‘non-stick pan’
  3. Ulang sehingga adunan habis.
  4. Dalam periuk yang lain, tumiskan rempah kasar, bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris nipis sehingga layu.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  6. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan ayam dan air. Tunggu hingga mendidih masukkan kentang yang dipotong dadu dan santan.
    Perasakan dengan garan dan gula.
  8. Masukkan asam keping dan tunggu hingga kentang empuk.
  9. Roti jala sedia dihidang bersama kari ayam.

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..  dahsyat seminit resepi ni dah ada apps ok..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah