Resepi Original Cake Viral Yang Memang Sedap Dari Kedai

Baru-baru ni kecoh kan pasal satu kedai nama Original Cake  yang baru buka ni. Katanya dari taiwan dan halal tapi hn ragu-ragu la bila pergi tengok kat ioi city mall tu semua cina je. Mungkin betul laa dah dapat halal tapi dah ragu-ragu memang taklah nak makan Original Cake ni kan..hehe..

Resepi Original Cake

Bila hari pembukaan dia memang sangat-sangat ramai yang beratur nak dapatkan kek percuma. Kalau kami pergi hari biasa pon still ada ramai yang beratur nak dapatkan kek ni. Tapiiiii bila tengok review orang kata rasa telur jee lebih tak lah gempak mana..hehe.. Sedap lagi resepi original cake yang seminit resepi ni buat berdasarkan komen2 yang dah buat tauu..tak caya cuba lah try resepi ni ok..

   

Bahan-bahan Resepi Original Cake

Bahan A
  • 3 biji kuning telur
  • 45 gram tepung kek
  • 45 gram susu segar
  • 35 gram butter
  • 1 sudu baking powder
Bahan B
  • 3 biji putih telur
  • 50 gram gula kastor
  • Esen vanila
  • Kepingan cheese

Cara Membuat

  1. Panaskan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung. Kacau hingga pekat.
  2. Masukkan kuning telur dan juga susu segar. Kacau sebati
  3. Dalam bekas lain, putar putih telur dan gula hingga kental. Kemudian satukan adunan putih telur dan kuning telur secara berperingkat.
  4. Tuang kan 3/4 adunan ke dalam loyang 6 inci. Kemudia lapiskan dengan kepingan cheese. Tuangkan lebihan adunan.
  5. Bakar pada suhu 145 darjah selama 35-40 minit menggunakan kaedah ‘double boiler’
  6. Sedia dihidang panas-panas. Selamat mencuba

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..  dahsyat seminit resepi ni dah ada apps ok..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah