Resepi Nasi Lemak Sedap Dan Wangi Seminit Resepi

Resepi Nasi Lemak Sedap dan Wangi

Baru balik bercuti di Sabah insyaAllah entry pasal sabah menyusul ok. Macam biasalah kalau dah gi sabah mesti bawak balik ikan bilis mata biru dan ikan bilis yang dah dikupas..senang keje haha.. So dari semalam suami request nak nasi lemak maka harini baru buat sebab semalam ikan bilis dekat melaka.

Resepi Nasi Lemak

Resepi nasi lemak ni banyak cara rupanya tapi macam yang hn buat kekdah dia nak buat nasi lemak sedap dan wangi tumis dulu bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun pandan. Kemudian baru letak air,santan dan garam ikut keperluan.

   

Suami kata macam ni lagi sedap nasi lemak dia bangga kita kejap..haha..Dalam video dan resepi ni dari seminit resepi kalau nak cuba yang ni pon ok kalau nak cuba tips yang hn bagi kat atas ni pon ok je ikut la mana2 ok yang korang suka.

Bahan-bahan Resepi Nasi Lemak

Nasi Lemak
  • 4 pot beras
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • 1 tspn garam
  • Pandan 2 helai
Sambal Sotong
  • 1 biji bawang besar*
  • Segenggam cili kering*
  • 1/2 kg sotong
  • 1 biji bawang besar di mayang
  • Gula
  • garam
  • 2 tbsp sos cili
  • Pandan 2 helai
Bahan Hidangan
  • Telur rebus
  • Ikan bilis goreng
  • Timun
  • Kacang

Cara Membuat Nasi Lemak

  1. Beras di cuci bersih dan masukkan kedalam periuk
  2. Masukkan hirisan halia, garam, santan dan air secukupnya. Kacau rata dan masukkan pandan.
  3. Masak nasi selama 10 minit lalu kacau. Kemudian biarkan nasi sehingga masak.
  4. Kisar halus bahan bertanda ‘*’. Untuk sambal cepat masak, kisar bersama minyak dan sedikit air.
  5. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan sos cili, gula dan garam. Kacau rata
  6. Masukkan bawang yg dimayang, sotong dan daun pandan. Sedia dihidang bersama bahan hidangan.

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..  dahsyat seminit resepi ni dah ada apps ok..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah