Resepi Kuih Koci Pulut Hitam

Resepi Kuih Koci Pulut Hitam yang sedap dan mudah

Sekarang memandangkan ada anak ni yang bertukar-tukar selera dia selalu pening nak masak apa. So kene pelbagaikan menu tengok mana yang dia suka. Petang ni bolehlah buat kuih koci pulut hitam ni. Dekat putrajaya susah sungguh nak jumpa kuih-kuih melayu macam ni..aduyaii..

Resepi Kuih Koci Pulut Hitam

Sejak mengandung anak kedua ni tekak rasa melayu sungguh. Nak makan makanan simple lauk melayu, kuih2 macam kuih koci pulut hitam ni ke nasib baik ada adik ipar yang memang suka masak..ahaha.. ok jom kita tengok cik ain share resepi kuih koci pulut hitam ni..

   

Bahan-bahan

Bahan pulut

  • 140 gram beras pulut hitam (kisar jadi tepung)
  • 250 gram tepung pulut
  • Sedikit garam
  • 500-600 ml air

Bahan dadih

  • 500 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 70 gram tepung beras
  • Garam

Bahan inti

  • 200 gram gula melaka
  • 250 ml air
  • 500 gram kelapa muda
  • 2 sudu tepung pulut
  • Pandan
  • Garam

Cara Membuat

  1. Kisar halus beras pulut hitam supaya menjadi tepung dan tapis.
  2. Satukan bahan-bahan dan gaul sehingga tepung tidak melekat di tangan.
  3. Di dalam periuk, satukan santan dan air. Masukkan tepung beras yang dilarutkan bersama sedikit air. Apabila pekat, masukkan garam.
  4. Untuk buat inti, cairkan gula melaka bersama air, dan masukkan tepung pulut dan pandan. Kemudian masukkan kelapa muda. Masak hingga kering.
  5. Untuk membalut kuih koci, daun pisang hendaklah disapu minyak terlebih dahulu. Ambil adunan tepung dan letakkan inti kelapa di tengah-tengah.
  6. Celupkan adunan yang sudah diletak inti kedalam dadih santan. Lalu letakkan di tengah-tengah daun pisang tadi. Balut kuih kemas.
  7. Kukus selama 20 minit atau sehingga kuih masak. Sedia dihidang

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni haaa..  dahsyat seminit resepi ni dah ada apps ok..tapi setakat yang ditaip ni ada untuk playstore je tau.. InsyaAllah apple bakal menyusul..boleh download kat SINI.

Senang bila ada apps seminit resepi ni nak masak pilih2 je kalau ada bahan terus potong2 siapkan semua dan daaaa makanan sudah sedia. Takdelah berejam dok memikirkan nak makan apa, nak makan apaa harini..hihi..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah