Resepi Hokkaido Chiffon Cake sedap

Resepi Hokkaido Chiffon Cake Sedap, Gebu dan Mudah

Setiap kali nak pergi mana-mana berjalan jauh..mesti kene buat hokkaido chiffon cake ni dulu untuk anak dara sorang tu yang dah pandai pilih makanan..huhu.. Buat dalam cupcake kecik tu sekali makan memang 5/6 ketul jugak dia makan.. Dah anak suka makan kene la kurangkan gula untuk dia kan..

Resepi Hokkaido Chiffon Cake

Actually masa aisyahumaira dalam setahun macam tu, selalu beli je hokkaido chiffon cake homemade byciknuei tu. Tapi memandangkan boleh tahan jugak harga dia makanya gigih la seorang mak ni belajar dengan resepi hokkaido chiffon cake ni dari seminit resepi tu.. Memang menjadi dan anak pon sukaa..Alhamdulillah.. So meh Hn share cara-cara buat semua..

   

Bahan-bahan

Bahan A

  • 3biji kuning telur
  • 20gram gula kastor
  • 40ml minyak jagung
  • 40ml susu segar
  • 60g tepung kek

Bahan B

  • 3biji putih telur
  • 40gram gula kastor

Bahan kastad

  • 200ml susu segar
  • 1 1/2 tbsp kastad
  • 3 tbsp gula kastor

Bahan whipped cream

  • 1 cawan whipping cream
  • 2 sudu gula icing

Cara Membuat

  1. Pukul kuning telur dan gula sehingga kembang, masukkan minyak dan susu.
    Kacau sehingga rata
  2. Ayakkan tepung dan masukkan ke dalam adunan. Kacau rata dan letak tepi (A)
  3. Pukul putih telur sehingga kembang, kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kental (B)
  4. Satukan B ke dalam A secara berperingkat. Kacau secara perlahan menggunakan spatula.
  5. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar suhu 140 selama 25-30 min. Bergantung kepada oven masing2.
  6. Satukan semua bahan dan masak sehingga kental dan berkilat. Sejukkan.
  7. Pukul whipping cream bersama gula sehingga kental.
  8. Satukan whipping cream dan adunan kastad
  9. Lubangkan tengah2 cup cake yg telah siap dibakar lalu picitkan cream sehingga penuh. Simpan dalam peti sejuk. Sedia dihidang

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni haaa..  dahsyat seminit resepi ni dah ada apps ok..tapi setakat yang ditaip ni ada untuk playstore je tau.. InsyaAllah apple bakal menyusul..boleh download kat SINI

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah