Resepi Durian Crepe Kegemaran Ramai yang sedap

Resepi Durian Crepe Kegemaran Ramai yang sedap

Sekarang ni tengok musim durian balik..yeahhhh boleh buat durian crepe. Durian crepe ni kalau beli yang orang jual tu kadang dapat 3 ketul durian crepe RM10. Kalau sedap tu berbaloi la kan, kalau tak sedap tu inti durian pulak ciput dah kene sumpah seranah..haaa baik buat sendiri ye dak durian crepe ni letak la inti ikut suka.

Resepi Durian Crepe

Durian Crepe ni baru famous sejak 2 atau 3tahun kebelakangan ni kan lagi2 dengan kuasa facebook cepat je viral dan macam biasa peminat durian mesti la suka kan. Macam Hn sendiri boleh je makan durian tapi lagi suka durian crepe ni laa.. Kalau cendol durian ke macam errr tak kene tekak laa..hehe

   

Bahan-bahan Durian Crepe

Bahan Crepe

  • 5 tbsp tepung gandum
  • 1 tbsp tepung ubi kayu
  • 1 tbsp tepung ubi kentang
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1 tbsp kastad
  • 2 tbsp gula aising
  • 210 ml air
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • 2 tbsp minyak mazola
  • Secubit garam
  • Esen vanila
  • Pewarna kuning (optional)

Inti Durian

  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kastad
  • 1 sudu gula
  • isi durian secukupnya

Whipped Cream

  • 1 Cup whipped cream

Cara Membuat Durian Crepe

  1. Masukkan air, telur, minyak, esen vanila, susu segar, dan pewarna kedalam bekas. Kacau sebati.
  2. Ayakkan semua tepung kedalam bekas dan kacau hingga tiada ketulan. Tapis adunan supaya adunan menjadi licin.
  3. Masak adunan diatas ‘non-stick pan’ dan ketepikan.
  4. Satukan susu segar, kastad dan gula kedalam kuali. Kacau dengan api sederhana. Bila sudah pekat, masukkan isi durian dan kacau rata.
  5. Pukul whipped cream hingga kental. Pastikan whipped cream dalam keadaan sejuk.
  6. Bentangkan 1 keping creap, dan picit kan sedikit whipped cream di tengah-tengah. Lapiskan dengan inti durian dan balut menjadi bantal. Sejukkan dan sedia dihidang.

Tengah dok buat post durian crepe ni cakap dengan laki den teringin pulak makan durian. Esok ada pasar malam boleh lah beli dekat pasar. Beli lebih sikit boleh buat durian crepe ni. Share resepi dekat blog sendiri ni senang lah boleh buat bekalan diri sendiri saat lupa dan taktau nak makan apa.. hehe

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni haaa..  dahsyat seminit resepi ni dah ada apps ok..tapi setakat yang ditaip ni ada untuk playstore je tau.. InsyaAllah apple bakal menyusul..boleh download kat SINI. InsyaAllah memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah