Petua kulit licin dengan bahan murah dan semulajadi

Sejak jadi mak-mak ni, hn macam malas sangat dah nak rajinkan pakai produk-produk kecantikan ni tapi selalu google petua kulit licin tapi malas buat. huhuu.. Bila tengok kawan-kawan ada produk kecantikan yang best-best gatai pi beli tapi pakainye jarang.. MasyaAllah..

Petua Kulit Licin

Sekarang kulit muka hn ada masalah jerawat, bintik halus,jeragat dan kulit kering so memang tak rasa moist dah laa. Nak pegang muka sendiri pun malas tapi geram kenapa jadi macam ni. haha.. Mungkin sebab hormon dan lately tidur pon lewat je.So hn pon google la petua kulit licin ni simpan siap-siap dalam blog senang nak refer nanti.

Aloevera

Masa dekat sekolah teknik dulu duduk asrama, memang suka buat ni sebab ada geng yang tolong buatkan dan hn tonyoh je ke muka.. Dekat sekolah mana pulak nak dapatkan aloevera ni? Kawan ambil kat taman dekat dengan makmal memang ada macam-macam pokok kat situ.. hihi

So bila masa prep, sambil buat kerja sambil rawat muka ok. hihi.. Cara-cara dia senang je potong kecil-kecil dan ambil isi dia tonyoh je kemuka buat macam pakai masker muka. Tapi makesure muka dah bersih dan kering ok. Lepas 30minit boleh basuh muka akan rasa kulit muka tu tegang jee.. Besttt

petua-kulit-licin-dengan-bahan-murah-dan-semulajadi-1

 

Putih Telur

Haa ni masa kecik-kecik rajin buat masker telur ni sampai kakak kata jangokkk la.. ciss sabar je lahh.. nak cantik punye pasal.. ahaks.. yelah masa kecik-kecik dulu duit belanja sekolah beli ape ntah so guna barang-barang yang ada kat rumah je senang dan mudah serta murah gituu

Petua kulit licin guna putih telur ni pon senang sangat. Asingkan  kuning dan putih telur sebab kita nak ambil putih telur je tau kuning telur tu boleh goreng mengenyangkan perut ok. hihi.. Lepas tu campurkan sikit madu dan oleskan ke wajahmu yang cantik itu..

Biarkan lah dalam 30 minit atau sampai rasa muka tu tegang je. Haa masa buat masker telur ni jangan la dok gatai pi gelak, atau buat senaman muka kee ok. Kemudian basuh dengan air suam untuk buka pori-pori tu.

petua-kulit-licin-dengan-bahan-murah-dan-semulajadi-2

 

Tomato

Ni pon hn selalu buat masa kecik-kecik. Almaklum orang taksub dengan kecantikan lagi-lagi masa tu tengok citer korea cantik-cantik mulus-mulus kulit diorang jeless gilaa ni memang kene buat juga kalau rasa nak jadi cantik macam awek korea.. ahaha..

Ok ni tomato ni pon memang banyak khasiat dia kan korang cuba je la jangan banyak tanya lagi dah. haa nak cantik tak? hihi.. Cara dia ambil beberapa biji tomato dan kisar sehingga jadi pes. Pes tu pulak terus tekapkan ke muka biar dalam 10minit gitu baru cuci muka.

petua-kulit-licin-dengan-bahan-murah-dan-semulajadi-3

ok lah cuba 3 bahan untuk petua  kulit licin ni dulu then tengok hasil dia nanti jadi ke tak. Petua kulit licin ni dengan bahan semula jadi ni kene rajin je ok buat la dalam seminggu 2 atau 3 kali kita tengok hasil dia nanti jangan terkejut pulak kalau tetiba bangun pagi kulit flawless kalah Park Shin Hye tu.. hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah