telekung moden

Telekung Moden Ulfah Umairah

Ada banyak pilihan telekung sebenarnya, tapi kali ni saya nak tunjuk satu konsep telekung moden yang sangat selesa dan moden.

Telekung Moden Ulfah Umairah

Koleksi Telekung Moden dari Ulfah Umairah ni adalah koleksi telekung baru yang bukan sahaja dibuat untuk selesa, ianya juga diberi sentuhan moden.

   

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana syarikat Ulfah Umairah ni mengkategorikan telekung mereka sebagai telekung moden. Ianya moden pada konsep rekabentuk telekung dan tambahan fungsi yang tiada pada telekung tradisional.

Ciri-ciri Telekung Moden Ulfah Umairah

ciri-ciri telekung moden

Cuba anda lihat ciri-ciri utama telekung ini pada gambar di atas. Saya dan isteri telah ke butik Ulfah Umairah untuk meneliti telekung moden ini dan saya dapati ada beberapa ciri yang saya suka:

  1. Rekabentuk yang kemas dan premium – tidak sama seperti telekung isteri penuh dengan rambu-ramba.
  2. Poket pada kain – tidak perlu lagi isteri saya bawa beg ke masjid/surau. Hp atau purse simpan dalam poket sahaja.
  3. Tali pengikat separuh getah – lebih selesa dan tidak perlu membuka ikatan (kata isteri saya).
  4. Bahagian dagu dan pipi elastik – rambut tidak mudah terkeluar.
  5. Penyangkut – mudah sangkut di belakang pintu bilik kami.
  6. Kain berkualiti – isteri saya suka kainnya kerana lembut, premium dan tidak panas.

Harga

Dari segi harga, bagi saya ianya sangat berpatutan dengan kualiti telekung yang disediakan Ulfah Umairah. Harganya mengikut kain dan design dari RM120 hingga ke RM270.

Buat masa sekarang, ada beberapa model telekung moden Ulfah Umairah ini iaitu:

  • Exclusive 1&2 (RM270-RM240)
  • Elegant 1&2 (RM160)
  • Sweet (RM120)

Telekung Moden Yang Mana Menjadi Pilihan?

Dalam beberapa model telekung moden yang ditawarkan Ulfah Umairah, saya sangat suka pada model Exclusive 1 dan Elegant 2 kerana simple dan kemas.

telekung moden ulfah umairah

Saya sudah dapatkan Exclusive 1 untuk isteri saya dan anda boleh dapatkan juga telekung moden Ulfah Umairah ini dengan melawat website mereka atau ke butik mereka di Seremban.

Website >> http://telekungmoden.com
Alamat >> No. 64-1, Jalan Orkid 2, Taman Senawang Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel >> 010-2181144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah