5 resepi kek mudah

5 Resepi Kek Mudah

Jom kami kongsikan 5 Resepi Kek yang mudah dibuat tapi sedap nyum nyum.  Jangan lupa bookmark atau share post ni untuk rujukan masa boring-boring kat rumah.


1. Resepi Kek Coklat Puding

resepi kek coklat puding

Bahan-bahan

  • Mentega pada suhu bilik. Sapu pada bekas pembakar.
  • 1/2 cup gula pasir, sediakan lebih untuk digunakan semasa membakar.
  • 6 telur ayam (besar) dalam suhu bilik. Diasingkan telur putih dan kuning.
  • 6 aun coklat, dicairkan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Gula icing untuk ditabur pada kek

Cara Membuat

  1. Panaskan oven sehingga 350ºC dan didihkan air.
  2. Pukul kuning telur bersama gula pasir dan coklat (Bahan A).
  3. Dalam bekas yang lain, gunakan mixer elektrik dan pukul putih telur dan garam sehingga kembang.
  4. Campurkan dan pukul 1/3 dari putih telur yang sudah kembang tadi bersama coklat (Bahan A).
  5. Masukkan baki telur putih yang telah kembang tadi bersama Bahan A dan gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan bahan tersebut ke dalam bekas pembakar. Letakkan bekas tersebut k edalam satu dulang yang diisi air panas (1 inci tinggi air panas). Bakar sehingga naik dan masak dalam 25-35 minit. Biarkan sejuk selama 5 minit dan taburkan gula icing sebelum dihidang.

2. Resepi Kek Marble

resepi kek marble

Bahan-bahan

  • 1/2 cup mentega dan sedikit untuk bekas pembakar.
  • 1 3/4 cup tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cup gula
  • 3 telur besar, suhu bilik
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2/3 cup buttermilk, suhu bilik
  • 1/4 cup + 1 sudu teh serbuk koko

Cara Membuat

  1. Panaskan oven hingga 350ºC. Sapukan mentega pada dulang pembakar.
  2. Campurkan tepung, baking powder dan garam (Bahan A).
  3. Gunakan electric mixer untuk pukul mentega dan guna sehingga menjadi ringan dan gebu dalam 5 minit. Masukkan telur satu per satu dan pukul. Masukkan esen vanilla dan Bahan A separuh, kemudian buttermilk dan separuh lagi Bahan A. (Bahan B)
  4. Dalam bekas lain, campurkan serbuk koko bersama 1/4 cup air panas dan kacau sehingga sebati. Ambil 1/3 dari Bahan B dan gaulkan dengan larutan coklat/koko tadi. (Bahan C)
  5. Masukkan Bahan B dan Bahan C ke dalam bekas pembakar dengan cara; 1 sudu Bahan B, kemudian 1 sudu Bahan C sehingga bercorak seperti papan chess. Untuk memberi kesan marble, gunakan pisau dan kacau bahan dalam bekas pembakar dengan memutarkan pisau.
  6. Bakar dan pusingkan bekas pembakar sekali semasa pertengahan pembakaran. Tunggu sehingga masak dalam 40-50 minit dan biar sejuk.

3. Resepi Kek Oren Cornmeal

resepi kek oren cornmeal

Bahan-bahan

  • 1/2 cup minyak zaitun
  • 2 telur besar
  • 1 cup gula + 1/3 cup untuk topping
  • 1/2 cup jus oren
  • 1 1/4 cup tepung gandum
  • 1/2 cup cornmeal kuning
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • Parutan kulit oren (1 biji)
  • Kupasan isi oren untuk hidangan

Cara Membuat

  1. Panaskan oven hingga 375ºC dan sapukan bekas pembakar dengan minyak zaitun. Alaskan bahagian bawah dalam bekas pembakar dengan kertas minyak dan sapukan lagi minyak zaitun.
  2. Dalam bekas besar, pukul minyak zaitun, telur, 1 cup gula dan jus oren hingga gebu. Masukkan tepung, cornmeal, baking powder, garam dan parutan kulit oren; pukul dengan lembut hingga sebati. (Bahan A)
  3. Masukkan Bahan A ke dalam bekas pembakar dan taburkan dengan rata baki 1/3 cup gula ke atas Bahan A. Bakar hingga kek masak dalam 35-40 minit.
  4. Sejukkan kek dalam 20 minit dan keluarkan kek dari bekas pembakar. Gunakan pisau untuk tanggalkan kertas minyak di bawah kek.

4. Resepi Kek Strawberi

resepi kek strawberi

Bahan-bahan

  • 6 sudu teh mentega yang dilembutkan
  • 1 1/2 cup tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2  sudu teh garam
  • 1 cup gula pasir
  • 1 telur besar
  • 1/2 cup susu
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 450 gram strawberi yang dipotong dua

Cara Membuat

  1. Panaskan oven hingga 350ºC. Sapukan mentega pada bekas pembakar.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam satu bekas (Bahan A).
  3. Masukkan butter dan 1 cup gula dalam bekas mixer dan pukul hingga berwarna pucat dan gebu menggunakan kelajuan sederhana dalam 3 minit. Tukar kelajuan mixer kepada perlahan dan masukkan telur, susu dan esen vanilla. (Bahan B)
  4. Dengan kelajuan mixer perlahan, masukkan Bahan A sedikit demi sedikit. Masukkan bahan yang di campurkan ke dalam bekas pembakar. Susun strawberi pada permukaan dan taburkan sedikit gula di atasnya.
  5. Bakar selama 10 minit. Kurangkan suhu kepada 325ºC. Bakar selama 1 jam hingga kek bertukar kepada warna perang keemasan dan lembut apabila disentuh.

5. Resepi Kek Pisang Pican

resepi kek pisang pecan

Bahan-bahan

  • 4 sudu teh mentega, suhu bilik
  • 1 cup tepung gandum yang diayak
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • Secubit serbuk bunga cengkih
  • Sebiji pisang yang besar dan di penyekkan
  • 1/4 cup buttermilk
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cup gula perang halus
  • 1 telur besar
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/3 cup kacang pecan yang di panggang dan di cincang
  • Gula icing untuk ditaburkan pada kek
  • Whipped Cream untuk tambahan semasa hidang

Cara Membuat

  1. Panaskan oven hingga 350ºC. Sapukan mentega pada bekas pembakar. Letakkan kertas minyak sebagai alas kek dan sapukan mentega dan taburkan sedikit tepung.
  2. Dalam satu bekas lain, ayak tepung gandum, baking soda, baking powder, garam, serbuk kayu manis dan serbuk bunga cengkih. (Bahan A)
  3. Dalam bekas lain, pukul pisang, buttermilk dan vanilla. (Bahan B)
  4. Dengan menggunakan bekas yang besar,  pukul mentega dan gula perang sehingga ringan dan gebu. Masukkan telur kemudian masukkan Bahan A dan Bahan B separuh separuh. Masukkan kacang pecan dan gaul.
  5. Bakar hingga perang keemasan selama 45 minit. Setelah masak biarkan sejuk selama 10 minit dan hidang dengan ditaburkan gula icing dan whipped cream.

6 comments

  1. Pingback: Resepi Kek Coklat Puding | Senarai Post | Himpunan Artikel Menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah