pengalaman bersalin

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Sambil pangku anak, sambil karang cerita pengalaman bersalinku. Alhamdulillah tak sangka dah jadi mak-mak ni. Ada yang tanya apa perasaan dah jadi ibu? Macam mana masa bersalin? Normal ke czer? Anak lelaki ke perempuan? Berat baby berapa KG? haha macam2 persoalan kannn..ok meh Hn nak share pengalaman bersalin pula.. 🙂

Pengalaman Bersalin

Fuhh pengalaman bersalin kali pertama ni memang macam-macam perasaan ada. Yelah bila banyak sangat dengar cerita pengalaman bersalin orang lain ada yang suka, duka, seram, serik, marah, geram buat kita pon fikir banyak kali macam mana la pengalaman bersalin diri sendiri pulak kan..

   

So far alhamdulillah Hn rasa enjoy je.. hihi.. yelah sakit bersalin tu memang tak dapat dielakkan la kan.. Cumanya pengalaman bersalin ni berbeza bagi tiap individu lagi-lagi kalau anak sulong kann.. Mana taknya orang kata anak sulong ni nak bersalin ambil masa berjam2 lamanya..

Macam cerita kawan Hn sendiri, dia rasa tak tahan sakit dahh tapi doktor pula kata anak sulong tempoh bukaan tu lamaaa lagi.. tuptup kelam kabut nurse dan doktor tolak patient ke labour room sebab memang kawan tu betul-betul nak beranak dah..

Pengalaman Diseluk Sebelum Bersalin

Cerita pengalaman bersalin Hn pula masa checkup ke 38minggu doktor dah buat vaginal exam. Yeee vaginal exam tu orang kata yang kene selukk tu la yee.. time ni baru ku paham perasaan diseluk..haha.. Lupa nak tanya kenapa kene buat VE ni dekat doktor..tapi mungkin sebab tengok perut dah besar sangat kot..huhuu

Lepas kene seluk tu doktor kata memang pintu rahim dah lembut dah then doktor siap pesan banyak kali kalau sakit je malam tu terus datang hospital.. Dah doktor cakap camtu buat diri sendiri dup dap dup dapp je laa kann..

So lepas kene seluk tu je memang ada la keluar lendir2 coklat sikit2 tapi hn tak refer doktor pon.. slumber refer doktor google je.. huhuu.. banyak yang kata tu memang antara tanda nak bersalin dah.. fuhh lagi tak sabauu rasa nak tengok baby..

Hari kedua lepas kene seluk tu pergi mydin tengok nenas macam sedap je haa.. ada adik ipar tolong kupaskan malam tu.. macam biasa orang lain makan sikit je, mak buyung time tu yang telan banyak-banyakk dengan sedapnyee sampai rasa tak cukuppp je nenas tu..ahakss

Pengalaman-Bersalin-1

Pagi Jumaat

Pagi jumaat tu mula rasa sakit pinggang macam biasa bila senggugut tu.. tapi lama gak la sakit pinggang tu.. Biasa hn kalau sakit pinggang tu ubatnye adalah tido je..hehe.. sampai tengahari bangun ok sikit.. tapi sekejap je la then lepas makan sakit pinggang balik..

Borak-borak dengan suami, dia kata kalau sakit lagi lepas maghrib baru pergi hospital. Yelah Hospital Annur bangi tu susah bebenor parkingnye.. tu yang lewat-lewatkan tuu..Tetiba dok borak-borak tu rasa ada air keluar sikit… Tengok-tengok air jernih je…haaaa

Lepas tu gelabah la kami, hn rasa macam-macam masa tu..siap pakej nangis-nangis kat suami lagi bukan sebab sakit tapi feeling orang nak bersalin biasalah.. emotional lebih sikit.. heheee.. Then call mak hn bagitau simptom ni dia soh gi hospital cepat.. Time tu pulak pukul 4 petang hari jumaat..

Sebelum ke Hospital

Sebelum gi hospital sempat mandi dulu, then sempat telan minyak kelapa dara lebih sikit..tak tau la banyak mana sebab main togok aje..haha.. lagi satu buat bekalan air ESP campur sikit dengan mentega.. Ni petua kawan hn yang bersalin seminggu awal dari hn.. tapi dia buat milo campur mentega.. ESP Shaklee pon boleh sebab dia protein bagi tenaga kann 🙂

Masa on the way gi hospital dengan adik ipar dan suami boleh lagi kata hn ni rilex je macam tak sakit nak beranak pon.. haha.. tapi time tu memang kira ok lagi la walaupun sakit pinggang ada je.. kira-kira contraction tu ada la beza 4-5minit.. pukul 5 sampai hospital terus pergi kaunter Hospital Annur Bangi bagitau dah pecah air ketuban..

Sampai ke Hospital

Nurse terus bawak masuk labour room.. Lepas tu kene le pakai pampers yang jenis ikat punya..haha first time pakai jenis tu rasa lawak pulak.. Bila Dr. Fatimah masuk check bukaan dah 5cm dah..perasaan tu cepat laa baby keluar dah tak sabau dahh nak tengok baby padahal sakit menahan contraction.

Alhamdulillah bukaan 5cm bila dah sampai hospital.. Memang doa banyak-banyak siap suruh suami doakan janganlah duduk hospital lama-lama.. Banyak baca story orang lain kene stay 2 hingga 3 hari sebab bukaan lambat lagi-lagi anak sulung.. Tapi kuasa doa alhamdulillah Allah mudahkan..

Dr. Fatimah suruh solat asar dulu sebab bila pecah air ketuban memang still wajib solat.. So kalau yang tengah menunggu hari tu jangan lupa ya bab ni.. Solat dulu walaupun air ketuban dah pecah.. Kalau tak larat sangat-sangat solat je duduk atas katil.. First time jugak hn solat macam ni walaupun terhuyung hayang sebab menahan contraction..huhuu

Masa dalam labour room ada suami dan mak hn yang temankan.. Memang time ni moral support sangat-sangat laa penting dari keluarga terdekat.. yelahh first time mana nak ada pengalaman bersalin tu kan.. Bila dalam situasi genting time contraction makin kerap tu suami tolong urutkan mak pula suruh kerapkan istighfar dan baca doa nabi yunus..

pengalaman bersalin anak pertama

Contraction Makin Kerap

Lepas solat asar baru hn minum air ESP + mentega yang memang bawak bekal dari rumah tu.. Lepas minum tu memang lagi kerap pulak contraction tu dalam 2 minit sekali. Masa tu memang baring atas katil menahan contraction je laa.. Suami tolong picit pinggang belakang.. Bila datang contraction rasa nak tercabut pinggang tu..hahaa

Macam tu je laa sampai satu masa rasa nak terkencing.. tapi diamkan dalam hati dulu takut acah-acah je perasaan tu kann.. bila dah terasa sangat tak tahan memang bagi tau bidan tu nak kencing. Bidan tu letak besen untuk kencing tapi tetiba tak nak keluar pulak..

Rasa Nak Terkencing Kuat

Dah rasa nak terkencing tu rasa pulak nak membuang pulak dahh.. bila dah macam tu bidan tu cek bukaan.. Tengok-tengok dah 10cm dahh.. apa lagi kelam kabut laa diorang nak sediakan peralatan tuu.. Hn pulak membebel nak terberak… nak terberakkk…hahaha…

Mak hn time tu ada lagi kat labour room, mak suruh tahan dulu sementara diorang siapkan peralatan semua. Fuhhh..perasaan tu bila ingat balik macam terlakar laa pulak..

Bila dah siap semua Dr. Fatimah pon dah ada, memang masa ni semua tertumpu dekat hn la kann untuk push baby keluar.. Rasa dalam bilik tu ada la kot 5orang gitu.. lupa dahh sebab fokus nak push je.. time ni memang pernafasan tu sangat la penting.

pengalaman bersalin anak pertama

Lahirlah Baby Comel Ni

Alhamdulillah ada suami kat sebelah ajar sekali pernafasan, hn memang ikut je lahhh sebab tak boleh nak fikir apa dah time sakit tu.. Berapa kali push tak ingat dah tapi lepas hn fokus je cara pernafasan yang suami ajar tu, keluarlah baby pukul 8.12pm.. Rasa legaaa gilaa masa ni wehhh..

Cuma agak terkilan la sebab bidan tunjuk baby tapi tak letak baby dekat hn dulu sebelum bersihkan. sobss.. So kalau ada yang sedang pregnant ni bersalin hospital swasta cuba usulkan birth plan dulu ye dekat doktor. Kitorang nak usulkan asyik tak bawak kertas je masa checkup..hehe..tapi mana yang ingat memang ada tanya pendapat Dr. dulu..

Lepas baby keluar, Dr tunggu uri pulak keluar.. Alhamdulillah suami cerita memang Dr. bawa keluar uri slow2 xde tarik2 @ kene seluk lagi nak bagi uri keluar.. Suami pon dapat pengalaman baru potong uri baby.. Dia kata macam liat2 skit nak potong uri tu.. Gunting tu pulak bukan gunting biasa tu.. tapi gunting macam paruh burung kakak tua tuu katanyalahh.. Hn penat masa tu memang perasaan legaaa tu kemain lama so baring je lah..

Sakit Ke Jahit?

Lepas tu suami pergi tahnikkan baby sementara Dr. Fatimah jahit luka.. Yepp ada kene 6jahitan gitu je.. Rasa apa? Tak rasa ape pon sebab rasa kaki kejanggg tu melebihi rasa lain2.. haha.. alhamdulillah suami tengok jahitan cantik je Dr. Fatimah jahit..

Duduk dalam labour room lama gak sampai pukul 10 lebih baru masuk bilik.. Dapat twin bed so adik ipar temankan.. Cuma tak puas hati sebab org sebelah laki dia temankan sampai ke pagi.. ikut rules laki tak boleh lah kalau dah share bilik dengan orang kann.. tapi entahlah.. fikirlah jugak orang lain kann.. hmm

So far pengalaman bersalin ni menyeronokkan la jugak.. tapi pengalaman first time menyusukan dan menjaga baby jaundis fuhhh.. nak cerita tak ek? InsyaAllah Hn sambung dalam post akan datang.

7 comments

  1. Nabilah hamzah

    Sy bakal bersalin kt az-zahrah hujung februari ni.. thank you for the sharing.. rasa mcm boleh tarik nafas lega siket.. klo tak asyik berdebar je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah