10 cara membesarkan anak yang gembira

10 Cara Membesarkan Anak Yang Gembira

Adakah anak saya membesar dengan gembira? Itu antara persoalan besar bagi saya yang baru menjadi bapa untuk anak yang hampir berumur 4 bulan.

Sudah tentu bagi seorang bapa muda atau bapa baru ini, saya tidak tidak mempunyai pengalaman untuk dikongsikan. Oleh itu, saya perlu rujuk artikel-artikel yang berkaitan dan akhirnya saya dapat senarai tanda anak membesar dengan gembira.

   

Mengapa Anak Perlu Membesar Dengan Gembira?

Kebiasaannya, orang yang gembira lebih berjaya dari orang yang tidak gembira. Kita boleh lihat dari pelbagai sudut seperti kualiti kerja, kehidupan rumahtangga, pembelajaran dan banyak lagi.

Oleh sebab itu, jika kita berjaya membesarkan anak dengan gembira, ianya berpotensi memberi masa depan yang cerah pada anak kita.

10 Cara Membesarkan Anak Yang Gembira

Mudah untuk kita faham bahawa penting untuk memastikan anak kita membesar dengan gembira, tetapi bagaimana caranya? Teruskan pembacaan dan saya akan senaraikan 10 cara membesarkan anak yang gembira.

1. Pastikan Diri Kita Sendiri Gembira

Pertama sekali apabila kita ingin anak kita gembira, kita dahulu perlu gembira dihadapan anak kita. Walaupun kita mempunyai masalah dalam pekerjaan ataupun hubungan, pastikan “gembira” dihadapan anak.

2. Ajar Mereka Membina Hubungan

Skill berhubung sangat penting dalam kehidupan seharian walaupun untuk kita yang dewasa ini. Kita boleh ajar anak kita untuk berkawan, cuba bercakap dengan orang tua ataupun orang dalam kesusahan.

3. Jangkakan Usaha, Bukan Kesempurnaan

Ada dikalangan ibubapa yang inginkan kesempurnaan dalam perkara yang anak lakukan seperti membasuh pinggan dengan bersih, kapur kasut dengan rata dan sebagainya. Ini sebenarnya mendatangkan stress atau despressi pada anak.

Kita perlu hargai usaha anak kita walapun hasilnya tidak seberapa. Mengikut kajian, lebih 90 peratus kanak-kanak yang dihargai usahanya akan mencuba perkara yang lebih mencabar.

4. Mengajar Mereka Untuk Berfikiran Optimis

Galakkan anak kita untuk melihat sesuatu pada sudut yang positif. Contohnya jika mereka gagal melakukan sesuatu perkara, bimbing mereka supaya berfikir bahawa itu membuatkan mereka lebih pandai dalam perkara tersebut.

5. Ajar Mereka Mengurus Emosi

Contohnya jika anak kita sedih, ajar mereka menyalurkan dan meredakan perasaan sedih mereka dengan menangis dan memeluk kita.

6. Latih Reaksi Mereka Apabila Gembira

Antara beberapa reaksi yang kita boleh latih semasa mereka gembira adalah:

  • Bila kita balik rumah, biarkan mereka melompat sambil nyanyi “yey yey.. ibu/ayah dah balik
  • Bila mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan, latih mereka ucapkan terima kasih dan Alhamdulillah

7. Ajar Mereka Bersabar

Kanak-kanak yang mendisiplinkan diri atau boleh bersabar mempunyai kebarangkalian masa depan yang gembira dan berjaya yang tinggi. Contohnya jika membeli permainan baru, ajar mereka untuk sabar dan gunakan/buka permainan tersebut di rumah.

8. Lebihkan Masa Bermain

Anak siapa yang tidak suka bermain? Boleh dikatakan semua kanak-kanak suka bermain dan itu bukan perkara yang buruk. Selain daripada membuatkan mereka gembira, dengan bermain mereka sebenarnya belajar dan membesar.

Jangan tentukan apa yang anak perlu main, biarkan mereka teroka atau bermain dengan sesuatu yang mereka suka.

9. Sediakan Persekitaran Yang Menggembirakan

Kadangkala kita tidak mahu akuinya tetapi persekitaran sangat memberi kesan pada diri kita. Sama juga untuk anak-anak. Cara yang terbaik adalah dengan mengurangkan sesuatu yang membuatkan anak pasif seperti televisyen.

Kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kegembiraan dengn tidak menonton televisyen. Sosiologi menunjukkan ramai orang yang gembira tidak menonton televisyen dengan kerap.

10. Makan Bersama

Ya, makan bersama membuatkan anak kita membesar dengan gembira. Dari kajian-kajian sebelum ini, kanak-kanak yang selalu makan bersama dengan keluarga mempunyai emosi yang lebih stabil.

Nampak macam benda kecik, tapi peranan makan bersama sangat besar untuk anak-anak.

Ringkasan

  1. Pastikan diri kita sendiri gembira
  2. Ajar mereka membina hubungan
  3. Jangkakan usaha, bukan kesempurnaan
  4. Mengajar mereka untuk berfikiran optimis
  5. Ajar mereka mengurus emosi
  6. Latih reaksi mereka apabila gembira
  7. Ajar mereka bersabar
  8. Lebihkan masa bermain
  9. Sediakan persekitaran yang menggembirakan
  10. Makan bersama

Amacam? Bagi ibubapa muda, ini sangat penting. Kalau ibubapa tua? Haha gurau ja.. 🙂

Jika anda rasa bermanfaat, bolehlah meng-share-kan artikel di media sosial untuk rujukan sahabat yang lain.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah