shopping-raya-2015-bersama-anak-yatim-miskin-dan-ibu-tunggal-3

Shopping Raya 2015 Bersama Anak Yatim Miskin Dan Ibu Tunggal

Alhamdulillah harini hari kedua sudah kita berpuasa dan moga kita semua dapat menunaikan ibadah dengan sempurna di bulan ramadhan ni dan diterima ibadah kita oleh Allah.. 🙂

Shopping Raya 2015

shopping-raya-2015-bersama-anak-yatim-miskin-dan-ibu-tunggal-3

Setiap tahun Projek Iqra  akan mengadakan program bersama anak-anak yatim, miskin dan ibu tunggal. Program ini akan dibantu oleh sukarelawan untuk meraikan anak-anak yatim, miskin dan ibu tunggal ni bersama-sama membeli barang keperluan hari raya mereka.

Alhamdulillah tahun lepas Hn berkesempatan join dan membantu yang mana mampu..hehee.. Seronok tau bila tengok anak-anak ni gembira membeli barang keperluan mereka dan macam-macam ragam juga anak-anak ni.. Ada yang gembira bila ada orang tolong pilihkan tetapi ada juga yang sebak dan menangis. Boleh tengok sini 

Ujian untuk mereka apabila mereka kurang atau ada yang tidak dapat perhatian dari keluarga darah daging mereka sendiri tetapi mereka mendapat perhatian dari orang-orang yang boleh membantu dan menjaga mereka.

Tahniah Projek Iqra kerana mengadakan program seperti ini yang mana membantu merapatkan ukhuwah dan ikatan antara sukarelawan dan anak-anak ini lebih rapat lagi. 🙂

Lokasi Shopping Raya 2015

Projek Iqra bermula dengan sebuah rumah pada tahun 2010 dan 2011, 2 buah rumah anak yatim pada tahun 2012, 6 rumah anak yatim pada 2013, pada tahun 2014 memperluaskan kepada 7 rumah anak yatim dan untuk tahun 2015 PROJEK IQRA’ membuat beberapa kategori :

1. Rumah Anak Yatim & Miskin

Bil LOKASI NEGERI          JUMLAH
1 Rumah Kebajikan Attaqwa Putra Perdana Puchong SELANGOR              50
2 Baitul Ehsan Batu Caves / Maluri KUALA LUMPUR              80
3 Casa harapan, Kuantan PAHANG              25
4 Rumah Ar-Rayyan JB JOHOR              50

       205

 

2. Komuniti Miskin dan Asnaf

Bil LOKASI NEGERI          JUMLAH
1 Komuniti Taman Semarak 2, Nilai NEGERI SEMBILAN              50
2 Komuniti Seksyen 19, Shah Alam SELANGOR              50
3 Komuniti Kg Kerdas, Gombak SELANGOR             150
4 Komuniti PPR , Kuantan PAHANG              25

       275

 

3. Ibu Tunggal / Miskin

Bil LOKASI NEGERI       JUMLAH
1 Komuniti Kg Kerdas, Gombak SELANGOR            60
2 Komuniti Felda, Pekan PAHANG            30
3 Komuniti Batu Pahat JOHOR            30

Bagaimanakah kita boleh membantu?

Sekecil-kecil nilai yang kita beri tapi Allah tahu, Allah tidak buta dan Allah tidak pekak.. Menggembirakan orang lain juga ibadah yang boleh dilakukan dalam bulan mulia bulan ramadhan ini.. 🙂

shopping-raya-2015-bersama-anak-yatim-miskin-dan-ibu-tunggal-2

Antara video-video Shopping Raya 2014. Projek Iqra juga telah buka tawaran untuk para sukarelawan membantu anak-anak ini shopping raya nanti.. So sesiapa yang tak ada buat aktiviti sangat di bulan ramadhan ni mungkin boleh ambil peluang untuk bersama-sama mereka.. 🙂

Untuk info lanjut tentang Program Shopping Raya 2015 ni boleh singgah ke facebook Projek Iqra ( KLIK SINI ) ataupun ke website Projek Iqra ( KLIK SINI ) ..

shopping-raya-2015-bersama-anak-yatim-miskin-dan-ibu-tunggal-5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah