resepi puding karamel

Resepi Puding Karamel

Mudah sangat resepi puding karamel ni rupanya. Kebanyakan dari kita kalau perasan dekat pasar malam ke param ( pasar ramadhan ) ke mesti banyak orang jual kan puding karamel ni.. Ada Hn tengok ada yang gerai jual puding karamel ni je tauu.. selalu licinnn.. haa ni Hn nak kongsikan resepi puding karamel ni ye..

Resepi Puding Karamel

Haritu balik kampung suami Hn sempat rakam cara buat puding karamel, ini videonya setelah sehari record dan edit.

Bahan – bahan Resepi Puding Karamel

1. Gula
2. 5 biji telur
3. 1 tin krimer
4. Esen vanilla

Cara Mudah Membuat Puding Karamel

1. Panaskan 3 sudu gula dan sedikit air di dalam periuk sampai gula keperangan. (Gula hangus) Pastikan api perlahan.
2. Tuang sedikit gula hangus ke dalam mangkuk.
3. Pada bekas lain, campurkan 5 biji telur bersama 5 sudu gula. Kacau perlahan.
4. Masukkan esen vanilla secukup rasa dalam krimer dan kacau perlahan.
5. Panaskan krimer tadi sehingga suam.
6. Campur krimer suam dengan telur dan kacau perlahan sampai tiada lendiran telur.
7. Tuang larutan ke dalam mangkuk yang berisi gula hangus.
8. Tutup mangkuk dengan plastic wrapper dan tebuk wrapper menggunakan jarum.
9. Panaskan pengukus dan kukus karamel kita selama 20-30 minit dengan api perlahan.
10. Hidangkan 😉

resepi puding karamel

ps: dalam video ni karamel dia pecah-pecah sebab saya kukus dengan api kuat. So pastikan api perlahan untuk dapatkan puding karamel yang licin dan gebu.

Haa mudah kan resepi puding karamel ni? Kalau teringin sangat buat sendiri lagi berbaloi sebab dapat makan banyakkk dan boleh makan puas-puas sambil golek2 dengan family depan tv.. ahakss..


5 Resepi Kek Mudah

5 resepi kek mudah

Karamel sudah, ni nak share 5 Resepi Kek Mudah pulak. Bolek klik pada gambar atau link untuk dapatkan resepi.

11 comments

  1. Pingback: Puding Trifle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah