resepi-butter-prawn-7

Resepi Butter Prawn

Bulan puasa ni nampak makanan semua sedappp… Nampak air sejuk pon terliur je, ahakss.. haippp puasa2..hihikss.. Okey harini Hn nak share resepi butter prawn.. terliuq baq hanggg.. :p

Resepi Butter Prawn

Selalu makan dekat kedai, tengok cantik je dia buat.. rupanya takdo la susah bonarrr haa nak buat resepi butter prawn ni.. Makan nasi panas2 siap dengan sambal belacan…fiuhhh

Bahan Resepi Butter Prawnresepi-butter-prawn-1

1.  Bahan gorengan udang

  • 1/2kg udang sederhana besar atau besar yang dipotong muncungnya dan juga bahagian ekor yang tajam sahaja
  • garam dan gula
  • lada sulah sikit
  • kunyit debu sikit
  • 4@5 biji cili api yang dimayang nipis (terpulang pada kepedasan sebenarnya pedas yang sedapnya)
  • 3 tangkai daun kari dicarik2
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus

2.  Bahan untuk sarang berantai

  • 3 biji kuning telor
  • 3 sudu besar butter/marjerin
  • 250ml minyak masak
  • secubit je garam

3.  Acuan roti jala
4.  Senduk bulat
5.  Kuali

Cara Membuat Resepi Butter Prawn

Cara untuk membuat sarang berantai

resepi-butter-prawn-2

  1. Udang dicampurkan dengan garam, gula sikit je, lada sulah sikit dan kunyit debu sikit. ketepikanuntuk membuat sarang telor berantai
  2. Kuning telor dikacau/pukul sederhana sahaja dan sekejap je ye kacau.. Agak2 sebati je
  3. Masukkan dlm acuan roti jala
  4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak..kemudian masukkan butter..minyak dan butter harus panas ye supaya nanti telor berantai dgn cantiknya
  5. Pegang acuan roti jala dgn tangan kanan dan senduk bulat tangan kiri (atau mana2 la ye yang selesa)
  6. Bersedia untuk beraksi.. TUANG ADUNAN TELOR DGN JARAK YANG AGAK TINGGI DR KUALI… (pada gambar) SEMENTARA TANGAN SATU LAGI PUTARKAN/KACAU SENDUK TADI JANGAN BEHENTI YE..PUTAR/KACAU SATU ARAH SAHAJA..TUANG HINGGA ABIS DAN PUTARKAN SENDUK TADI..DAH ABIS BARU BEHENTI PUTAR/KACAU…PUTAR/KACAU DENGAN PERLAHAN SAHAJA (pada gambar)
  7. Goreng adunan tadi hingga kuning keemasan ..jika minyak membuak2 kacau perlahan2 ..
  8. Guna penapis masukkan sarang telor tadi dan toskan minyak nya dengan menekan sedikit sarang telor tu supaya minyak turun… jika rasa berminyak lagi guna tisu serap minyak.. ketepikan

Cara utk menggoreng udang

resepi-butter-prawn-3

  1. Campurkan udang, kunyit, lada sulah, garam dan sedikit gula
  2. Panaskan kuali masukkan sedikit minyak lebihan kita goreng telur tadi
  3. Masukkan daun kari yang dicarik2 kan dan masukkan bawang putih..goreng hingga naik bau dan masukkan cili api mayang tadi
  4. Masukkan udang dan masak jangan terlalu lama…jika lama udang jadi keras
  5. Angkat dan toskan
  6. Letak dalam pinggan masukkan udang dan tabur sarang telor tadi diatasnya..

Amacam.. terliur tak ? Jom try tengok resepi Asam Pedas Ikan Pari pulak. Selamat memasak 😉

2 comments

  1. Pingback: Masakan - Resepi Asam Pedas Ikan Pari

  2. Pingback: Puding Trifle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah