lexis port dickson

Pengalaman di Lexis Port Dickson

Baru-baru ni berkesempatan pegi ke Lexis Port Dickson. Biasa dengar tak? Kalau korang nak tahu Lexis Port Dickson ni terletak di Lukut, Negeri Sembilan. Berdekatan juga dengan Port Dickson.

Lexis Port Dickson

Sebenarnya Lexis Port Dickson ni selalu orang share kat laman sosial seperti facebook. Ianya chalet atas air yang agak popular di media sosial.

   

Hn dapat pergi dengan hubby sebab ada orang sponsor untuk buat review chalet untuk dijual. Korang boleh pergi ke Lexis Port Dickson Water Chalet – For Sale untuk mendapatkan maklumat jika berminat.

lexis port dickson

Di Lexis Port Dickson ni ada 4 jenis bilik. Ada Premium tower seaview, Deluxe water chalet, Executive water chalet, Premium water chalet. Jadi kalini hn nak review untuk Deluxe water chalet.

Ada banyak jenis bilik tu bergantung ikut kesesuaian dan pilihan kita la kan. Kalau macam kami ni honeymoon memang Deluxe water chalet dah sesuai sangat dah. Kalau jenis family ramai ke boleh la pilih premium water chalet kee..

Kelebihan Lexis Port Dickson

First yang hn paling suka mestilahhh INTERNET. haha.. Orang sekarang kalau takde internet boleh gila agaknya.. hihi.. Internet modem memang dalam bilik masing-masing dan bolehlah dari takde intenet dan guna mobile data sendiri kan..

lexis port dickson 5

Bilik Deluxe water chalet yang hn duduk ada jiran sebelah yang memancing. Hn tak pasti pula dapat ke tak hasil tangkapannya tapi untuk yang suka memancing santai boleh je dekat sini kan.

Di Lexis Port Dickson ni banyak juga aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan. Antaranya ialah

  • Children Pool
  • Children Playground
  • Giant Snake & Ladder
  • Pool Scuba Diving
  • Fishing and Crabbing Activities
  • KMX & Bicycle Rental
  • Archery Range
  • Outdoor Games
  • Board Games
  • Landscaped Swimming Pool
  • Games Room
  • Segway Obstacle Course
  • Karaoke Room

Hari Pertama di Lexis Port Dickson

Waktu check-in dekat Lexis Port Dickson ni pukul 4 petang. Jadi dalam jam 3 petang baru kitorang gerak dari kajang. Campur terlajak jalan salah masuk highway lagi jam 5 lebih baru sampai. Suami memang suka bersembang dalam kereta sampai terlajak jalan dengan waze yang ting tong masa tu..heee

Sampai je dekat hotel,check-in dan naik buggy ke bilik . Masa check in tak ramai orang pon sebab kitorang pergi hari khamis, waktu orang bekerja kan. Tapi waktu ni ramai juga orang yang menginap di hotel ni sebab ada kursus penjawat awam. Seronokkk la korangg yee…

Lexis port dickson 3

Makan malam lak kitorang gi Port Dickson je. Google kedai makan ape yang best dan kami pon menuju ke tempat tersebut. Sebelum tu dah namanya lepak-lepak, kitorang singgah dulu Giant lukut tu cari jajan. Almaklomlah mak buyung ni asyik kebulur je.. hehee

First kedai makan yang kitorang nak cari mestilah ikan bakar. Kedai ni agak famous di google.. hihi.. Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood ni kalau dari bandar Port Dickson kedai dia belah kiri. Kedai ni terletak di jalan pantai, Teluk Kemang.

lexis port dickson 7

Bila sampai je kedai tu dalam jam 8 lebih kedai tu tak ramai orang lagi. So order pon cepat je sampai. Orang kata dekat sini famous nasi lemak dan ikan bakar dia. Memang kami pon order nasi lemak dan ikan bakar la dan beberapa lauk lain. Ikan bakar dia memangg konpem tak menyesal kalau orderlaa..

Bila dah kekenyangan, mata pon mula layu.. Masa otw balik tu sempat berdating jap dekat pantai..hihihiii. Hn suka lepak pantai bila malam mengira bintang dan mengira berapa biji kapal terbang lalu..haha.. Taktahu nama pantai ni tapi depan sri malaysia hotel..

Hari kedua di Lexis Port Dickson

Bila kita tidur kat bilik yang selesa dengan air cond yang best dan suasana pantai, fuhh seronok sangat. Lepas subuh, lepak beranda tunggu matahari naik sambil makan jajan..hihiii..

Hari kedua ni kitorang ada tugas yang perlu dilakukan. Jadi setelkan tugas sambil jalan-jalan di kawasan sekitar. Suami seronok la dapat main segway. Segway ni macam skuter dan ikut badan kita menghala ke mana. Main 2 round dan bayaran RM10.. ok lah kann.. Tapi dilarang untuk orang pregnant…sobsobs..

Oleh kerana Hn tak dapat main segway tu, Hn mainlah game memanah. First time ok main ni, banyak yang mengena dan banyak juga yang tak mengena.. huhu.. oklah untuk firstimer kannn..

Lexis port dickson 4

Banyak lagi game yang seronok ada.. tapi tak sempat nak main semua sebab kami mengejar matahari terbenam. hehee.. Memang antara port yang cantik juga dekat sini.. Alhamdulillah berpeluang merasa matahari terbenam kat sini.

Malam pula kami lepak makan di King Char Kuey teow di Jalan Pantai, Port Dickson. Antara tempat yang best juga untuk lepak makan. Sampaikan hn sekali makan di kedai, sekali bungkus bawak balik makan di hotel. ahakss.. mentekedarahh sungguhhh..

Hari ketiga di Lexis Port Dickson

Hari ketiga kitorang breakfast di hotel. Kalau yang ada kupon mungkin murah sikit tapi kalau tak ada kupon dan bukan pergi under kursus ape-ape kee memang pejam mata je la masuk makan dan bayar. hehee.. Makanan yang disediakan not bad jugaa.. habis semua ku try.. kenyang baby hari tuu..alhamdulillah…hihi..

Waktu check-out pula jam 12 macam biasa, ramai juga yang check out waktu ni. Mesti la rasa sayang kot sebab ehh kejapnya honeymoon. huhuu..sedihh..

9 comments

  1. pernah pergi dulu dengan adik bradik..yang ada swimming pool dalam bilik sendiri tu..best gile! nanti cadang nak pergi lagi, tunggu anak besar sikit..hehe

  2. Pingback: Blue Coaster33

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah