Resepi Roti Sarang Lebah

Resepi Roti Sarang Lebah | Tawoon

Roti Sarang Lebah kini menjadi trend pula di facebook. Biasa dekat kedai atau pasaraya korang jumpa roti bun macam ni tapi topping dia kosong je..dan roti dia pon lain sikit cuma bentuk dan shape lebih kurang je. Dah nama roti ye dak.. huhu.. Tapi confirm la Roti Sarang Lebah ni lagi berganda sedap.

Bahan-bahan Resepi Roti Sarang Lebah

  1. 2 cawan tepung gandum
    (saye gune tepung high protein tambah skit tepung superfine sbb tepung high protein x cukup…)
  2. 1/2 sudu kecil yis segera
  3. 1/4 sudu teh garam halus
  4. 1/2 sudu teh baking powder
  5. 1 sudu besar gula halus.
  6. 1/4 cawan plain yogurt – suhu bilik ( boleh ganti dengan butter milk)
  7. 1/4 cawan minyak jagung(saye guna minyak zaitun)
  8. 1/2 cawan air suam
  9. Sapuan – 1 biji kuning telur + sedikit susu sejat
  10. Bahan Tabur – Badam Hiris dan kuaci serta bijan

** suhu 180 api atas bawah, time 20 ke 30min atau sampai nampak roti ke perangan dah masak**

Cara Membuat Roti Sarang Lebah

1. Menyediakan Doh

Resepi Roti Sarang Lebah - 1

Masukkan kesemua bahan kering di dalam bekas dan pastikan yis dan garam tidak bersentuhan semasa proses ini (yis sebelah sana, garam sebelah sini).

Resepi Roti Sarang Lebah - 2

Campurkan kesemua bahan kering dan basah. Ais digunakan untuk mengekalkan suhu doh sejuk supaya yis tidak mengembang. Jika doh panas dan mengembang, hasil Roti Sarang Lebah anda akan penuh dengan rongga udara.

Resepi Roti Sarang Lebah

Pukul selama 20 minit ataupun sehingga anda boleh tarik doh menjadi halus dan tidak koyak.

2. Membulatkan Doh

Resepi Roti Sarang Lebah - bulat

Buatkan doh pada saiz kecil-kecil, Hn gunakan 18 g untuk setiap satu bahagian dan bulatkan.

Resepi Roti Sarang Lebah - gif bulat

Korang boleh bulatkan ikut cara tersendiri, tapi kak Aqilah ajar Hn untuk bulatkan dengan gunakan bahagian bawah tapak tangan dan bulatkan macam gif di atas.

Resepi Roti Sarang Lebah - 5

Susun doh dalam bekas yang sesuai untuk dibakar. Susunan doh kecil-kecil ini yang akan mempengaruhi bentuk Roti Sarang Lebah korang, terpulang nak pakai bekas bentuk macam mana pun.

 3. Bakar

Resepi Roti Sarang Lebah - 7

Sebelum anda bakar doh korang, pastikan biar dahulu doh untuk naik sekali ganda. Jangan masukkan dalam oven dulu, kalau tak doh tak naik masa bakar nanti.

Resepi Roti Sarang Lebah - 6

Inilah rupa doh tadi bila dibiarkan naik (bukan dalam oven, belum bakar lagi). Bila dah naik begini, taburkan barang-barang gedik seperti kuaci, almond flakes, cheddar cheese, bijan hitam dan sebagainya ikut suka. Kak aqilah cerita, ada gak orang biarkan dekat kereta. Tapi tahap kebersihan diragui la kan.. uhukss..

Resepi Roti Sarang Lebah - 8

Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 minit sehingga naik sekali ganda lagi. Roti Sarang Lebah korang hampir siap dah. Sekarang perlu curahkan sos butterscotch untuk melengkapkan Roti Sarang Lebah kita ni.

4. Sos Butterscotch

Resepi Roti Sarang Lebah - 9

SOS butterscotch

Sos Butterscotch ni kalau letak atas roti ni memang berganda sedap. Rasa macam tak sah pulak kalau takde sos butterscotch ni. Cara penyediaan sos ni mudah je tapi lenguh sikit la nak kacau gula tu. Tapi kalau tekak teringin sangat memang berbaloi tunggu. Hehee

  1. 1/2 cawan gula perang
  2. 1/2 cawan whipping cream
    (boleh ganti dengan susu cair atau fresh milk)
  3. Secubit garam
  4. 1/2 tsp essen vanila
  5. 25 gm mentega

Cara-caranya:

  1. Cairkan mentega. Masukkan gula perang. Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
  2. Masukkan whipping cream dan garam. Kacau perlahan-lahan.
  3. Akhir sekali masukkan essen vanila. Padamkan api, kacau sehingga rata.
  4. Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat, tuangkan ke atas permukaan roti.

Hasil Roti Sarang Lebah

Hasilnya mestilah ada ummphh!!! Sedap rupanya roti ni. Roti macam ni mudah dibuat tapi mengikut kerajinan anda sekalian la ye. Yelah tak kira masa dan tiada musim orang nak makan Roti Sarang Lebah ni. Boleh hidang untuk sarapan pagi mahupun santai-santai petang dengan keluarga.

Resepi Roti Sarang Lebah - 10

Resepi Roti Sarang Lebah - 11

 Untuk Tempahan Roti Sarang Lebah

Kak Aqilah memang ambil order sama ada COD atau pos. Jangan risau memang roti ni selamat untuk di post. Roti Sarang Lebah ni tahan 5 hari gitu la. Kalau rasa nak makan, panaskan dan hidang dengan kopi sekali. Mesti anak-anak suka dengan roti ni sebab kelembutan dia kegebuan dia buat Hn pon rasa nak order.

Siapa yang tak rajin nak buat Roti Sarang Lebah ni boleh hubungi sendiri beliau di 0176943757 untuk dapatkan terus stok panas dari oven ye. Beli satu tak cukup kene beli lebih dari 3 baru cukup. Tapi serius.. Nanti dok makan je tak sedar tinggal seketul je.

Kak Aqilah juga ada buat kelas untuk sesiapa yang nak belajar dengan beliau. Tips resepi ni ada trick dia sebenarnya. Kalau tak jadi tu maknanya kena la pi berguru sendiri dengan kak aqilah ni ya. Beliau buat kelas di area bangi. Kelas belajar untuk resepi lain pun ada juga, boleh terjah kak aqilah untuk pertanyaan ok.

Facebook : Aqilah Zaidee 

Facebook Page : Little Kitchen Halal Bakery and Pastry

No fon : 017- 6943757

 

30 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah