Pakej Umrah 2015-2016

Memilih Pakej Umrah 2016-2017

Ingin membuat umrah pada tahun 2015 atau 2016 tapi tidak pasti untuk memilih pakej umrah untuk 2016/2017 yang sesuai? Hn nak cerita sikit tentang pakej umrah bedasarkan pengalaman Hn buat umrah sebelum ni.

Zaman sekarang Hn percaya ramai yang dah mampu untuk menjejakkan kaki ke tanah haram. Sampaikan pihak arab saudi dah ketatkan sikit peraturannya tau.

   

Tak silap Hn sekarang kalau perempuan yang nak pergi umrah perlu ada mahram. Masa Hn pergi dulu tumpang mahram orang je sebab Hn pergi dengan mak, mak saudara dan tok perempuan.

Pakej Umrah 2016-2017 5

Pengalaman Hn pergi dengan satu travel agensi ni, macam susah sikit la. Hn pertama kali pergi dan alhamdulillah mak Hn dah pernah buat umrah.

Jadi kalau nak buat umrah, kami boleh naik bas sendiri je. Yela kalau nak naik bas atau van memang kos sikit la kan. Kadang-kadang 2 atau 3 sehari mak Hn ajak buat umrah.

Yela bukan selalu dekat sana kan. Jadi ambil peluang dan hajat untuk buat umrah bagi pihak orang lain yang telah tiada. Gigih dan kuat mak Hn ni sampai Hn yang pancit dulu mak Hn dah jauh jalan ke depan.. hehe.. Bangga jadi anak Zaiton Aris.. Heee

Pakej Umrah 2016-2017

Ada beberapa jenis pakej umrah ni sebab ada macam-macam pakej umrah ni. Ini antara beberapa jenis pakej umrah 2016-2017 yang akan korang jumpa dekat agensi travel.

  • Umrah Biasa
  • Umrah Ziarah
  • Umrah VIP
  • Umrah Cuti Sekolah

Pakej Umrah 2016-2017 3

Senarai tadi yang basic je, agensi travel akan pecahkan kepada banyak pakej lagi seperti Umrah Ziarah Istanbul, Cairo, Dubai, London dan macam macam lagi. Semua pakej ni dibahagikan mengikut beberapa aspek iaitu:

  1. Harga
  2. Penginapan
  3. Jangkamasa umrah
  4. Umur samada dewasa atau kanak-kanak
  5. Musim
  6. Pakej melancong
  7. Kemudahan seperti proses visa dan sebagainya

Harga Pakej Umrah 2016-2017

Harga adalah aspek utama yang menentukan pakej-pakej umrah korang. Memang pasti ada yang murah dan ada yang mahal mengikut pakej umrah 2016-2017 yang disediakan. Hn senaraikan anggaran harga pakej umrah yang sesuai supaya korang mudah buat pilihan.

  • RM4800-RM6000
    • Hanya sekadar umrah sahaja tanpa penginapan mewah. Akan berkongsi bilik dengan ramai orang dan mungkin masa umrah anda pendek.
  • RM6000-RM9000
    • Umrah yang selesa sikit dan masa lebih panjang. Korang boleh dapat pakej umrah 2016-2017 yang ada sekali melancong ke negara lain dengan budget sebanyak ni.
  • RM9000 keatas
    • Biasanya range harga ni korang dah ada umrah yang selesa dengan macam macam tambahan.

Penginapan dan Jangkamasa Umrah

Korang kene pastikan kat mana penginapan korang masa umrah nanti sebab kalau pakej murah ni biasanya share ramai orang dan mungkin penginapan tu jauh dari Masjidil haram tapi ada jugak syarikat travel yang bagi penginapan dekat dan murah.

Pakej Umrah 2016-2017 1

Perlu survey dan decide samada ok tak kongsi bilik dengan ramai orang dan perlu jalan jauh sikit untuk ke Masjidil haram. Lagi satu kalau buat umrah lama, pasti akan lagi mahal sebab nak cover kos penginapan tu.

Kalau ada peluang dan rezeki lebih tak salah kita nak lama-lama di sana. Masa Hn pergi pon ada borak dengan makcik dari agensi yang lain, makcik tu duduk sana sebulan. Ya Allah, syok gila duduk sebulan. Tu pon mesti tak puas kan. huhu..

Masa dekat sana apa yang kita fikir kita rasa lagi cepat dikabulkan. Duduk dalam rumah Allah, air zam-zam memang sebelah tempat sujud je. Tiap kali waktu azan semua berpusu-pusu untuk solat di dalamnya. Kalau lambat boleh je solat di luar cuma kalau nak lagi best solat betul-betul menghadap kaabah. Allah, rindunyaaa…

Umur dan Musim

Macam biasa, harga pakej umrah 2015-2016 kanak-kanak akan lebih murah berbanding dewasa. Biasanya beza dalam ~RM1000 lebih murah berbanding pakej umrah 2016-2017 untuk dewasa. Tapi korang kene tahu bila tiba musim cuti sekolah, harga akan naik dengan tambahan dalam RM200-RM500.

Dulu Hn berpeluang berbuka puasa di Masjid Nabawi. Suasananya lebih kurang di Malaysia tetap tetap pengalaman yang Hn tak boleh lupa bila kena makan roti arab dengan rempah..hehe first time.. Hn dan mak memang dari asar dan memang hajat nak taraweh terus, 2 jam atau 3 jam sebelum tu memang ada yang hamparkan plastik untuk letak makanan. Memang suasana dia meriah la dengan orang-orang yang bersedekah ni.

Pakej Umrah Tambahan

Akhir sekali korang boleh tengok apa nilai tambahan dalam pakej umrah 2016-2017 yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat travel. Ada yang buat pakej umrah ziarah dimana sebelum atau selepas je umrah, akan pergi ke tempat lain macam Cairo, Jordan, London dan mana-mana la.. terus berjalan lepas umrah.

Pakej Umrah 2016-2017 2

Biasanya umrah akan jadi pendek kalau ada ziarah atau travel ke tempat atau negara lain ni. So korang perlu pertimbangkan jugak sebab takut tak puas gi umrah.. maklumlah bukan selalu pergi ke tempat terletaknya kiblat kita.

Ada juga pakej umrah yang mahal sikit sebab syarikat travel tu boleh uruskan visa dan benda-benda remeh lain dengan cekap.. kira service charge laa sebab kita dipermudahkan dan tak perlu risau banyak benda.

Ada nak komen atau tanya pasal umrah? Hn boleh tolong jawab kalau Hn tahu je yer.. kalau tak kene cari jawapan sendiri.. hehe..

41 comments

  1. Rauda

    Asalamualaikum

    saya nak gi unrah, da ada ke or tak ada untuk tumpang mahram ? huhuu ibu n abah da pergi .. tapi bila fi ajak mereka nak gi Haji terus….huhuuhuu

  2. SITI KHALMIAH BINTI ROHMAD

    Assalamualaikum. Saya bahasa diri akak la ya.. Belum pernah pergi dan Insya Allah akan pergi Januari 2016. pening nak pilih travel egency. Tolong bagi cadangan travel yang bagus, Akak ni perbelanjaan sederhana sahaja, maklumlah ya.. dan nak pergi 7 orang (bawa semua anak)

  3. terimakasih Hn bagi maklumat yang ringkas tapi mendebarkan juga nak pilih mana satu pakej yang bagus, kalau ada masa update la lagi penulisan yang bagus santai … <3

  4. izzati

    salam, Hn.
    saya sebenarnya tengah survey pakej umrah untuk abah. klu ada rezeki nk juga pergi.. kalau abah pergi sorg je kesian juga. xpe ke kalau abh saya pergi sorg ye? blur2 jugak ni sbb knowledge pasal umrah ni mmg zero.

    • wsalam.. awak dah berkahwin? kalau belum boleh la pergi dengan abah awak.. doa banyak2 insyaAllah ada rezeki awak pergi sekali nanti ya.. try je cukupkan budjet awak tu nanti Allah mudahkan dan DIA yang cukupkan rezeki awak untuk sampai ke mekah dengan abah awak 😉 biasa ada mutawwif(ustaz yg guide sepanjang umrah)dekat sana nanti..kalau abah awak peramah boleh la berkawan dgn jemaah2 lain.. 😉

  5. fatimi

    salam Hn.terima kasih atas perkongsian diatas.sy nie tengah survey pakej umrah tahun 2017.in sya allah.nak cuba faham sedikit sebanyak dari perkongsian Hn tu..nak tanye kalau nak buat umrah lebih dari sekali kat saner kena keluar tanah Haram dahulu.selalunye ader masuk dalam pakej asal umrah tu biasa berape kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah