Kelab Blogger Ben Ashari - Mycreativepixel Studio

Kelab blogger ben ashaari – Mycreativepixel studio

Akhirnya Kelab blogger ben ashaari berkumpul untuk sesi photoshoot kelab. Sesi photoshoot yang diadakan 2 november yang lalu, membuktikan blogger bukan hanya di alam maya sahaja tetapi di luar pon kami selalu berjumpa dan melakukan aktiviti bersama-sama. Bukan mudah nak kumpulkan semua sekali sebab ada yang dah berkeluarga dan mempunyai kerja masing-masing.

Sesi photoshoot kali ni bekerjasama dengan Mycreativepixel studio dan beberapa orang penaja yang sudi menaja untuk sesi kalini. Penaja terbesar Kelab blogger ben ashaari haruslah Cosmoderm. Make up wanita-wanita pon ditaja sekali tau, kerlas gitu. Antara penaja make up pada sesi photoshoot kali ni ialah etty_garib , irnanylea , shazaamalina , wiidaribbon dan yanneskay. Tak lupa juga tyasalmid dan daniafcon untuk sponser accessories.

   

kelab-blogger-ben-ashaari-mycreativepixel-studio00008

 

Dari pengalaman Hn yang lalu, bila orang make up kan kita muka rasa macam zombi dah. Huhu.. Jadi kali ni Hn make up sendiri je. Tapi Hn puas hati la dengan make up sendiri walau pun takde skill. Puas hati sebab beli produk make up baru, masa tu baru nak cuba mencontengkan diri sendiri dengan skill belajar melalui cikgu youtube sahaja.

Kelab Blogger Ben Ashari - Mycreativepixel Studio 8

Gambar ni ada edit sikit oleh leharmonies . Dia taknak bawak kita gi sini, lepas tu dia tepek je gambar kita dengan pemandangan camni. Haha.. pon boleh laa ye..

Lebih kurang 28 ahli kelab blogger ben ashaari yang terlibat dengan Mycreativepixel studio masa sesi photoshoot kali ni. Sesi photoshoot bermula dalam jam 11 pagi dan berakhir lebih kurang 3 petang. Jadi turn untuk menunggu biasa lah kan. Tetapi alhamdulillah berakhir dengan sempurna dan gembira.

Mycreativepixel Studio

Studio ni sangat sesuai untuk korang yang nak photoshoot dalam studio. Photographer yang ada pon sporting dan sempoi. Kalau tak tau nak posing jangan risau mereka akan guide. Harga boleh runding dengan mereka di sini . Haritu ada promosi mereka untuk photoshoot di studio hanya RM80.. haa.. murah dah tu..

Mycreativepixel studio bukan sahaja shoot di studio, boleh juga upah mereka untuk kenduri kahwin ke, atau outdoor photoshoot. Tak nak cakap banyak, korang boleh nilai sendiri hasil kerja mereka ok . Bagi Hn berbaloi deal dengan mereka ni. Gambar pon cantik boleh la i perasan cantik..hehee…

Kelab Blogger Ben Ashari - Mycreativepixel Studio 2 Kelab Blogger Ben Ashari - Mycreativepixel Studio 3

Terima kasih Kelab blogger ben ashaari dan Mycreativepixel studio. Tak lupa juga terima kasih untuk penaja kami iaitu pihak Cosmoderm dan juga sponser yang lain.

Kelab Blogger Ben Ashari - Mycreativepixel Studio 1

 

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah