Masak ketam telur masin-1

Masak Ketam Telur Masin

Alhamdulillah akhirnya tertunai juga hajat hati nak makan masak ketam telur masin ni.. Hampir sebulan anak tekak teringin.. huhu. Mula-mula nak buat ketam masak lemak, tapi bila google jumpa resepi ketam telur masin ni. Masak ketam telur masin ni rupanya agak famous di restoran cina.

Masak ketam telur masin

Hn guna ketam bawah ni. Apa nama ketam ni ce teka? Ketam merah ke ketam bunga ke ketam sepit ke Hn pon tak tahulah. Hehee..

   

Masak ketam telur masin-3

Dah beli ketam, dok fikir macam mana nak siang ketam lak.. haha.. tu la selalu orang lain buat dan Hn tolong makan je. Bila dah buat sendiri baru nak belajar menyiang ketam. Tapi takdelah susah mana nak siang ketam ni. Semudah a+b+c … hehe

Bahan – bahan masak ketam telur masin

3 ekor ketam

10 biji cili api ditumbuk ( ikut kepedasan masing-masing )

3 tangkai daun kari

3 sudu besar butter

5 biji telur masin

1 sudu kecil gula

3 sudu besar susu cair ( boleh tambah mengikut keperluan )

2 biji bawang putih diketuk

3 sudu besar tepung jagung

Garam mengikut keperluan

Serbuk lada sulah secukupnya

Minyak masak untuk menggoreng

Cara – cara masak ketam telur masin

  1. Rebus telur masin sampai masak dan hancurkan.
  2. Bersihkan ketam potong kepada dua bahagian, goreng dengan tepung jagung.
  3. Goreng deep fried – asingkan
  4. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putis, daun kari dan cili padi sampai wangi.
  5. Masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
  6. Masukkan susu cair, gula dan lada sulah dan garam.
  7. Kacau rata, tunggu sampai kuah sedikit berbuih dan masukkan ketam kacau rata dan sedia untuk dihidang.
Masak ketam telur masin-2

Selamat mencuba resepi ni.

 

1 comment

  1. Pingback: Resepi Puding Karamel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah