air detox infused water

Air Detox – Infused Water

Mungkin ramai yang kurang gemar untuk minum air kosong sebab takde rasa kan. Padahal air kosong tu bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Jadi penyelesaian yang elok ialah minum air detox ni atau dikenali sebagai infused water.

Hn dah cuba seminggu dan hasilnya puas hati jugak la sebab bila hn rasa hn makan banyak je haritu cepat-cepat buat air detox ni. Senang nak membuang la citenye..hehe

   

Apakah air detox atau infused water 

Infused water ni ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam. Hn selalu buat infused water ni malam sebelum tidur.

Potong buah yang ada dalam peti ais dan campurkan dalam botol air dan biarkan semalaman. Pagi esok bangun dan minum infused water ni.

Walaupun kadang-kadang masam,tapi demi  kesihatan dan bertindak sebagai air detox ku telan saje.

Kebaikan infused water

Infused water ni bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. Selain tu :

  • Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya.
  • Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok..
  • Membantu untuk menambahkan metabolism badan.
  • Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.

Resipi dan kegunaan air detox infused water

Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja.

Kenapa penting kita menjaga kesihatan ? boleh tengok link Kepentingan menjaga kesihatan.

 Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala

Air Detox - Infused Water - 1

Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman

Air Detox - Infused Water - 2

Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.

Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.

Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan

Air Detox - Infused Water - 3

Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan.

Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.

Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati

Air Detox - Infused Water - 4

sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita.

Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.

Air Detox untuk kempiskan perut

Air Detox - Infused Water - 5

Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan.

Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack… gituu..hihi..

air-detox-infused-water-6

air-detox-infused-water-8

Cara-cara buat infused water atau air detox ni boleh guna botol air yang ada je. Campurkan buah-buahan yang ada dan simpan dalam peti ais untuk semalaman. Boleh cuba dan amalkan air detox ni dengan pelbagai resepi infused water yang disediakan ok.

Siapa rajin buat? Tengok banyak mat salleh buat, Hn pon terikut nak buat. Lagi-lagi memang tengah diet yang tak berapa nak diet ni. Hihii..

Selain detox apa lagi untuk kesihatan?

Detox satu hal, vitamin lagi satu hal. Biasanya kita ni sangat kurang vitamin. Sebab tu multivitamin dicipta untuk menampung kekurangan vitamin dalam badan kita.

Korang tahu tak multivitamin apa yang pertama sekali dicipta dan masih digunakan secara meluas dan dipercayai sampai sekarang? Korang boleh baca artikel Vitalea Shaklee – Multivitamin pertama di dunia.

152 comments

  1. jannah

    kalau saya jual infused water..ada yg nak tak?study nutrition but now baru nak semangat niaga ttg produk kesihatan..huhu

  2. nurfadhilah

    Kalau tak simpan dekat peti ais boleh tak? Sebab saya belajar, dan duduk di asrama, tkde peti ais,, heheeh..

  3. Areehays

    Salam..hi sis..nak tanya..sy penggemar green tea..sy ingat nk cuba resepi Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala tu tp nk tanya sis ada cadangan green tea apa yg bagus tak? TQ in advance 🙂

  4. Pahit dari limau tu bykkhasiatnya. Yg putih sebelumisi limau tu pun ada khasiat yg byk. Pendekkata dlm sebiji lemon tu semua berguna dan berkhasiat. Nak sedap tambah madu masa minum tu lagi tambah khasiat.

  5. banyak faedah detox water ni. banyak khasiat dan kelebihan air ini kerana ia mengandungi buahan yang segar. buahan ini mengandungi khasiat yan baik untuk tubuh kita. so, amalkan minum air detox ni kerana ia bagus untuk kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah