segmen-ben- ashaari-impianku-seorang-blogger

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku Seorang Blogger

Segmen ben ashaari untuk hari kedua diteruskan lagi dengan tajuk yang sama iaitu impian ku seorang blogger tetapi berbeza pengisiannya. Tapi segmen ben ashaari harini tutup lebih awal ya pukul 6 petang. 12/9/2014. Ha, cepat2 join segmen ni dan nanti kita blogwalking ok dengan geng segmen ben ashaari dengan tajuk impian ku seorang blogger.

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku seorang blogger

Kali ni segmen kena cerita sikit apa peranan blog kepada orang sekeliling,masyarakat dan negara. Haa, apa ekkk.. Lagi soalan yang kene terangkan jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ? dan akhir sekali harapan terhadap dunia blogger.

Peranan

segmen-ben- ashaari-impianku-seorang-blogger-4

Peranan Hn kepada orang sekeliling contohnya keluarga terdekat dan rakan-rakan, masyarakat dan negara. Hn nampak peranan ni sangat penting la. Ada perkara yang perlu dijaga dan ada yang boleh diketahui umum. Sebagai contoh, menjaga batas aurat dalam keluarga dan rakan. Sekali kita dah upload gambar yang tidak menutup, selama itu lah gambar tersebut akan berleluasa dalam dunia internet.

Sangat bahaya bila isu tidak menjaga aurat orang lain. Tetapi perkara ni dipandang remeh oleh sesetengah orang. Disini peranan blogger itu sendiri memainkan peranan penting untuk blogger tersebut. Upload gambar-gambar di blog, di instagra, di twitter atau dimana sahaja media sosial yang lain tetapi bila kita tidak menjaga hak orang lain selama itu kita menanggung dosa. Nauzubillah..

Harap Hn dan kawan-kawan yang sedang membaca ni sama-sama menjaga peranan penting ni. Banyak lagi peranan penting seorang blogger tersebut tetapi kita sama-sama berubah yang satu ni dulu ye rakan-rakan. Insya Allah kita sama-sama berubah untuk Dia.

Backup Plan

segmen-ben-ashaari-impianku-seorang-blogger

Hn memang minat berniaga. Tetapi tak pandai berniaga..haha kesian..Kebiasaannya bisnes sekarang yang paling laris ialah barangan wanita. Sebab wanita ni memang suka berbelanja. Sanggup habis banyak duit untuk barangan wanita contohnya pakaian. Sekarang pula trend jubah. Sebutlah jubah apa semua ada dan semua cantik-cantik.

Lagi-lagi bila yang murah-murah atau pantang nampak sale, haa terus kempis poket. Huhuu.. Ni mengata diri sendiri ni. Kalau beli online, bila lihat model yang menggayakan cantik macam baby doll haa terus grab padahal bila pakai dekat diri sendiri jadi baby tak cantik doll. Hahaha. Pilih la yang bersesuaian dengan kita motifnya.Jangan semberono beli lepas tu tak pakai. Ish ish ish…

Harapan

segmen-ben- ashaari-impianku-seorang-blogger-3

Harapan Hn terhadap dunia blogger ialah dapat ramai kawan. Tetapi biarlah kita jadi kawan yang berkualiti. Kalau selalu status yang menjengkelkan dan negatif je memang den malas nak layan. Apa status kita di Facebook menunjukkan diri kita siapa. Kalau rasa nak meroyan pi jerit kuat-kuat dekat rumah nun ye….

Kawan yang berkualiti semestinya membincangkan perkara yang positif dan berkongsi perkara yang suka. Tapi kadang kena tengok orang juga la. Kalau dapat kawan yang dekat depan cerita lain, dekat belakang gosip lain pulak payahla gini. Sebagai kawan, simpan rahsia yang diceritakan kawan lain. Barulah kepercayaan tu tetap dan rasa sayanggg sangat dekat kawan tu kan.

Ok tamat sudah entri segmen ben ashaari ni. Maaflah ini pandangan dan pendapat Hn sahaja. Tak suka meh habaq mai kat cheq naa..hiks..Nak blogwalking jangan lupa dah baca tinggalkan link korang pula ek.. nak tengok apa pandangan orang lain tentang segmen ben ashaari dengan tajuk impian ku seorang blogger ni pulak. Jangan lupa KlIK untuk segmen pertama.

19 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah