Buffet steamboat PICC Putrajaya-23

Putrajaya – Buffet steamboat cafe@PICC

Putrajaya merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan di Malaysia. Bila dah tarikan pelancong tu, mesti la dalam salah satu tempat yang kena pergi tu ialah PICC, Putrajaya kan. Dekat PICC ni pula tak ramai yang tahu harga berpatutan juga dan banyak pilihan untuk makan tengah hari dan juga makan malam buffet steamboat di cafe@PICC.

Buffet steamboat

Buffet steambot PICC Putrajaya-21

Bermula ogos yang lalu, buffet steamboat di PICC ni dah pon dibuka untuk orang ramai. Harga yang ditawarkan menarik dan berbaloi la makan sampai kenyang sebab macam-macam pilihan ada. Harga yang ditawarkan sehingga 31 Disember 2014 ni diberi diskaun sebanyak 20% ok sempena pelancaran menu makan malam ni iaitu RM28 untuk dewasa dan RM14 untuk kanak-kanak dan bawah 5tahun percuma.

   

Buffet steambot PICC Putrajaya-22

Untuk hidangan buffet steamboat tersebut boleh pilih sup ayam dan halia atau kuah tomyam. Ajinamoto ? memang takde ok.. Hidangan buffet steamboat ni menawarkan pelbagai makanan laut segar, daging, ayam, ladu dan sayur-sayuran dengan pelbagai sos buatan sendiri dan perasa untuk melengkapkan hidangan.

Buffet steambot PICC Putrajaya-3

Stesen pasta juga disediakan yang merangkumi spagethi, penne dan fettucini dengan pilihan bolognese, carbonara dan napolitano. Tidak ketinggalan juadah pencuci mulut pasti ada dengan ptongan buah-buahan, kek , ais kacang dan bubur.

Ala carte menu

Menu pilihan ala carte juga disediakan untuk para pengunjung. Jika anda tidak mahu makan steamboat, anda boleh pilih makanan ala-carte ini! Semuanya sedap-sedap! Harga ala-carte mengikut jenis makanan yang anda pesan.Terdapat 3 pilihan iaitu malay, western dan fusion food. Menu untuk Ala-Carte anda boleh tengok di sini dan banyak lagi pilihan menanti.

Buffet steambot PICC Putrajaya-9

Buffet steambot PICC Putrajaya-8

Buffet steambot PICC Putrajaya-4
Buffet steambot PICC Putrajaya-10

Buffet steambot PICC Putrajaya-12

Dinner buffet steamboat Cafe@PICC ni dibuka dari hari isnin hingga sabtu pada pukul 6 petang sehingga 10.30 malam. Untuk tempahan, boleh layari sosial media facebook, instagram dan twitter rasmi PICC dan @piccmalaysia atau hubungi +603 8887 6000.

*Gambar kredit PICC

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah