skip to Main Content
EQurban – Memudahkan Ibadah Korban

Tak lama lagi umat islam akan menyambut Hari raya AidilAdha atau dikenali sebagai ibadah korban. Kebiasaannya ibadah korban di Malaysia disambut sangat meriah oleh sesetengah masyarakat. Sehinggakan daging-daging korban penuh satu peti ais dan hampir tidak cukup ruang. Bagi yang berkemampuan dan terpilih pula akan melaksanakan rukun islam kelima di tanah suci.

Ibadah korban

Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah korban ?

Makna korban atau disebut al-udhiyyah ialah binatang yang disembelih pada waktu Dhuha. Manakala penegertian dari segi hukum syara’ ialah binatang ternakan seperti kambing,lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Adha atau pada hari-hari Tasyrik ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.

Kalau dulu zaman orang kurang kenal dengan internet, kebanyakannya mungkin akan terus ke masjid berdekatan untuk daftar ibadah korban pada tahun tersebut bagi pihak keluarga. Tetapi sekarang dengan teknologi yang makin canggih, kita boleh daftar ibadah korban hanya melalui online sahaja.

Di eQurban insyaAllah mampu memudahkan urusan  untuk mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban pada tahun 2014 ini.Di eQurban mereka mempunyai sistem untuk pembahagian dilaksanakan dengan telus. Tanggungjawab yang diamanahkan pada mereka insyaAllah akan dilakukan dengan sistematik.

EQurban - Memudahkan ibadah korban

Tujuan ibadah korban

Ibadah korban di lakukan sejak zaman nabi Ibrahim lagi. Umat islam disyariatkan untuk mengadakan ibadah korban pada hari yang di khususkan oleh syara’ iaitu pada mana-mana diantara 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Tujuannya pula ialah  :

  1. Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy
  2. Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.
  3. Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.
  4. Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

EQurban - Memudahkan ibadah korban

Harga ibadah korban 2014/1435H

Di eQurban, terdapat 5 pilihan korban untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Agihan ini hanya di Kemboja, Mekah dan Indonesia sahaja. Kenapa tidak di Malaysia? Ibadah korban ini sendiri menganjurkan supaya kita menolong mereka yang lebih memerlukan.

Di kemboja kebanyakan dari mereka hanya dapat makan daging setahun sekali itu pun jika dapat hasil dari ibadah korban yang disumbangkan di kampung mereka. Manakala di Mekah dibuka tempahan untuk seekor kambing Rm400 dan daging-daging korban di mekah akan ditinkan oleh pihak yang menguruskan korban untuk diedarkan pada negara-negara miskin di seluruh dunia.

Ada 5 jenis ibadah korban boleh dilakukan di eQurban. Antaranya ialah :

  1. Satu bahagian lembu RM280. Anda boleh memilih satu bahagian atau beberapa bahagian lembu mengikut keperluan anda. Setiap bahagian boleh dinamakan dengan nama yang lain walaupun melalui satu tempahan sahaja.
  2. Satu ekor lembu RM 1960. Seekor lembu mempunyai 7 bahagian, anda boleh menamakan setiap bahagian untuk individu yang berbeza jika perlu.
  3. Satu ekor kambing RM550. Satu ekor kambing adalah untuk satu nama sahaja.
  4. Satu ekor kambing ( MEKAH ) RM400. Seekor kambing hanya untuk satu nama sahaja.
  5. Satu ekor kambing ( INDONESIA ) RM550. Seekor kambing hanya untuk satu nama sahaja.

EQurban - Memudahkan ibadah korban

 Cara untuk tempahan

Boleh lawat eQurban.com untuk maklumat lanjut. Tempahan akan ditutup 30 September 2014 pada jam 12.00 tengah malam. Hn doakan ibadah korban yang dilakukan akan mendapat manfaatnya bukan sahaja didunia malah di akhirat juga insyaAllah.

Facebook Komen

Back To Top