skip to Main Content
Projek Iqra – Shopping Raya 2014
  • Info

Sepanjang Ramadhan yang lalu, HN berkesempatan untuk menjadi krew dalam Program Shopping Raya 2014 yang dianjurkan oleh Projek Iqra. Peluang datang hanya sekali, bila berpeluang untuk menghadirkan diri ke tempat atau majlis sebegini, banyak perkara yang kita boleh pelajari dalam kehidupan.

Bermula awal tahun 2014, Projek Iqra diperkenalkan oleh kawan blogger Mawardi Yunus . Seterusnya HN dan rakan lain bergiat aktif dalam kelas mingguan yang diadakan di Pertubuhan Bimbingan dan Kebajikan Attaqwa, Putra Perdana, Puchong.

Pertubuhan Kebajikan Dan Bimbingan At-Taqwa

Kelas pertama Program Kelas Rakyat dengan adik-adik at-taqwa memang agak nervous la juga. Sebabnya HN fikir mampu ke ilmu yang betul pada adik2 disini. Lepas tu HN redah je la. Perasaan tu belakang cerita so kita teruskan je apa yang boleh diajar. Last2, bila dah borak sikit-sikit dengan adik ni, HN pulak kene buat kerja sekolah dia. Hahaa.. ok first time takpe, kita layankan aje….

Bermula dari yang pertama jadi gian pula. Hampir setiap minggu kalau tiada hal lain, memang akan datang walaupun sesat sampai ke Bukit Jalil. Hehe.. Bila setiap minggu kita datang dan ramai adik2 yang sudah mengenali kakak seorang ni, mereka mula ramah,dan manja sendiri. You feel me? hehee..

Program Shopping Raya 2014

 

Kegembiraan adik2 memakai baju baru

Comel je adik2 dengan baju baru

Shopping Raya 2014 adalah program tahunan yang dianjurkan untuk membeli, persiapan anak-anak yatim, fakir, miskin dan asnaf dalam menyambut hari raya. Program ini akan menyediakan wang belanja dan sukarelawan yang akan membawa, menemankan serta membantu anak-anak ini membeli barangan keperluan persiapan menyambut hari raya.

Sebanyak RM107 250 telah dibelanjakan untuk meraikan 550 anak yatim/fakir/miskin/asnaf oleh seramai 534 sukarelawan di 8 buah rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Tahniah buat team Projek Iqra kerana untuk tahun 2014 peningkatan yang memberangsangkan disalurkan kepada penerima manfaat. Program Shopping Raya yang bermula tahun 2012 seramai 70 orang penerima manfaat dan pada tahun 2013 seramai 324 orang penerima manfaat dan Alhamdulillah pada tahun 2014 seramai 550 orang penerima manfaat

Perbelanjaan untuk anak-anak yatim/fakir/miskin/ asnaf ini merupakan 60% tajaan orang ramai lebih kurang seramai 602 individu yang menaja dan bakinya 40% tajaan oleh badan korporat.

Lokasi Shopping Raya 2014

Setelah selesai Shopping raya, adik2 terus cuba pakaian baru mereka.

Setelah selesai Shopping raya, adik2 terus cuba pakaian baru mereka.

Lokasi Shopping Raya 2014 oleh Projek Iqra di 8 buah rumah anak yatim dan satu Dun terdiri dari :

  1. Rumah Gemilang Adik, Sik, Kedah
  2. Rumah Khairiyah, Klang, Selangor
  3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Semarak Nilai Negeri Sembilan
  4. Rumah At-Taqwa Putra Perdana, Puchong, Selangor
  5. Casa Harapan, Kuantan, Pahang
  6. Rumah Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al-Insyirah, Kuantan , Pahang
  7. Pertubuhan Baitul Ehsan AlKhairi, Taman Maluri, Kuala Lumpur
  8. Rumah Hashimiah, Selayang, Selangor
  9. Kg Sg Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang ( anak-anak orang miskin dalam kampung )

InsyaAllah, tahun 2015 team Projek Iqra akan melebarkan sayap ke negeri-negeri lain pula. Doakan mereka. 🙂

 Aktiviti Shopping Raya 2014

Alhamdulillah, HN berkesempatan menjadi kru Projek Iqra di 2 buah rumah anak yatim di Rumah At-taqwa Putra Perdana, Puchong, Selangor dan Rumah Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al-Insyirah, Kuantan, Pahang.

Aturcara yang sama iaitu dimulakan dengan pendaftaran sukarelawan yang berdaftar dengan projek iqra semasa pengumuman sukarelawan dibuka oleh team Projek Iqra di Fan Page mereka. Kebanyakan dari mereka memang ramai yang datang awal untuk kenal adik-adik yang bakal mereka bawa bershopping.

Pembahagian duit shopping dan adik-adik diuruskan oleh kru Projek Iqra selepas sedikit taklimat tentang program shopping raya diberikan. Sebanyak RM150 diberikan pada sukarelawan untuk dibelanjakan setiap seorang anak yatim/fakir/miskin.


Selepas shopping

semasa

semasa2

semasa3

semasa4

semasa5

 

sebelum shopping

kru dan volunteer terlibat

Sebahagian Kru dan volunteer untuk Rumah Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al-Insyirah, Kuantan, Pahang

kalau nak lihat apa lagi aktiviti sepanjang shopping raya 2014 ni boleh la pergi ke facebook Projek Iqra  atau boleh lihat hashtag #shoppingraya2014 di instagram.

Pengalaman

Berpeluang pertama kali untuk mengikuti program sebegini memang mula-mula agak awkward sikit. Tapi bila dah faham aturcara majlis terasa enjoy pulak. Lagi-lagi bila melihat gelagat adik-adik shopping dengan akak-akak atau abang-abang yang mereka tak kenal langsung.

Kalau ada yang kenal dan selalu melawat mereka di rumah anak yatim mesti dah selesa nak bergurau senda dan kena bodek dengan adik2 pon ye juga. hehe.. Walaupun Projek Iqra bagi RM150 tapi kalau sukarelawan tu sendiri nak tambah lagi duit poket masing-masing pon boleh. Tiada masalah…

Ada yang HN tengok sampai ada volunteer pening kepala sebab adik tu taknak apa-apa. Ada yang sedih dan terharu bila dibawa ke tempat shopping. Padahal shopping di Mydin bagi kita orang yang dah biasa mesti tak rasa apa-apa. Tapi bagi adik-adik ni ada yang kali pertama jejak ke tempat macam ni, apa perasaan mereka?

Atleast bila ada Program Shopping Raya untuk orang awam macam ni.. Connection antara adik-adik dan sukarelawan tu tidak berhenti sampai situ sahaja.. Mungkin boleh bersambung untuk setiap bulan seterusnya dalam bantu pelajaran adik-adik ni ke.. Sebab kita sendiri tahu adik-adik ni hanya bergantung pada sekolah semata..

Kalau di KL Projek Iqra juga ada buka kelas rakyat di Attaqwa Putra Perdana, Puchong dan Baitul Ehsan, Gombak.. Dan kemungkinan akan ada juga kelas rakyat di Pahang.. Nantikan di fan page Projek Iqra untuk pengumuman sebenar.. 🙂

Facebook Komen

Back To Top