Pengembaraan di Bumi Tuhan

Pengembaraan di Bumi Tuhan

Assalamualaikum. Sejak pulang dari Umrah 2012 tu, HN kerap kali dapat rezeki berjalan. Agaknya ada kot masa duduk depan kaabah lepak2 tengok kaabah terus berdenting hati nak berjalan serata dunia. Maka Allah makbulkan..Alhamdulillah..Hehee..

Kenangan sebenarnya. Bila berjalan keserata dunia, kemana jua dalam negeri atau luar negara mengajar erti bersyukur. Erti yang diri sendiri perlukan masa untuk bersama alam. Tenang dan damai rasa walhal bila kita berjalan dan ofcourse la ada manusia lain disekeliling kita kan.. tapi entahlah.. feeling dia lain macam sikit..hehee..

Umrah [ Julai 2012 ]

Jika diizinkan Allah, setiap tahun teringin nak kembali ke sini. Tapi harus kukuhkan kedudukan disini, bina sesuatu untuk keluarga. Bantu mereka yang memerlukan. Moga Allah permudahkan jalan.

Pengembaraan di Bumi Tuhan

Masa ni dekat ladang ternakan,unta,kambing semua la ada..best!

mengembara-dibumi-tuhan-2

teringat waktu ni.setiap kali lepas tawaf, duk teguk air zam zam yang best

Mengambara di bumi tuhan

Bangkok, Thailand [ oktober 2012 ]

Balik je dari umrah, sebelum mulakan kerja kawan dah acah-acah suruh bawak salinan ic. Pelik jugak dah kenapa kan. HN ada buat salah pape ke. Huhuu..rupanya kena game dengan kawan-kawan. Sabar je laahh..Rezeki jualan terbanyak untuk bulan tu dan dapat melancong ke Bangkok, Thailand. Semua ditanggung. Alhamdulillah..tersenyummmm lebaqqq ceq..hihi..

mengembara di bumi tuhan 5

Menyusuri perumahan mereka, terbitkan kesyukuran pada Maha Pencipta. Dengan cuaca yang tak menentu, dengan suasana jual beli di atas sampan atau bot, melihat perbezaan mereka dengan Kuala Lumpur, fuhh.. memang bersyukur sangat-sangat.

Sabah [ November 2012 ]

Kebetulan, sabah ni memang dah plan awal lagi. Sementara ada kakak kawan di sana, so kita ambil peluang berjalan2. Dekat situ dah jimat banyak dah. 😉

Mengembara di bumi tuhan 8 Mengembara di bumi tuhan 7 Mengembara di bumi tuhan 6

Seoul, Korea [ April 2013 ]

Trip dengan mak dan kawan-kawan sekerja mak. Best. Tapi haruslah kena belajar ambil gambar sendiri ye. Sekarang dah ada monopod senang la nak selfie, hahaha. Selfie untuk kenangan je ok. 😛

Trip kali ni dengan pemandu pelancong.Masa ni HN pergi musim nak masuk bunga, tapi belum berbunga lagi. Sejuk tu memang sejuk laaa.. Naik bas je lega sebab dalam bas ada heater gitu..Merasa salji walaupun sikit.. Tu pon masa pagi-pagi nak keluar berjalan dan rezeki Allah turunkan salji walaupun kecik-kecik. Huhuu..

Mengembara di bumi tuhan 9

Mengembara di bumi tuhan 10
Mengembara di bumi tuhan 12
Mengembara di bumi tuhan 14
Mengembara di bumi tuhan 15
Mengembara di bumi tuhan 17

Kenal budaya, kenal makanan orang..dulu tak suka seaweed, lepas balik korea belajar makan jugaklah kan sampai dah tak reti nak berhenti. Hehhe. Tu la orang kata, jangan benci, nanti suka. Ada kaitan meh? hehe….

Bandung, Indonesia [ Jun 2013 ]

Mane pergi ntah gambar2 bandung ni. Tapi time ni tak banyak jalan pon. Shopping tu ye. Bila balik masing-masing dok kuis-kuis duit yang ada. Padahal dah tukar duit dekat sana lagi. Shopping lagi. Last-last masing2 makanan kene catu, duit nak balut beg kena catu, nak bayar tax lagi. Lega bila ngam-ngam je. Pergi 3 orang je, balik beg macam 2 kali ganda. Biasa la tu kan…uhuhukss..

Kesimpulannya kalau shopping dekat tempat yang memang boleh rambang mata, simpan duit dan asingkan duit awal2 untuk keselamatan. huhuuu..

Mengembara di bumi tuhan 18

Mengembara di bumi tuhan 20
Mengembara di bumi tuhan 21

Dengar cerita kawan. Kawan dia buat wedding prep dekat sini je. Tinggal seminggu dengan keluarga. Setelkan semua la pasal kad, baju pengantin, door gift dan lain-lain lagi lah. Total kos tak sampai 10k. Tapi tak termasuk duit penginapan,makan dan tiket penerbangan la.

Beijing, China [ Disember 2013 ]

Trip kali ni bawak geng! yeay… senang sikit nak ambil gambar..HN pegang kamera dia, dia pegang kamera HN. Bersatu hati bercerai roboh gitu. Hahaha..

Mengembara di bumi tuhan 22

Mengembara di bumi tuhan 23
Mengembara di bumi tuhan 25

Main skiiii paling sukaaa…best dan best dan best lah..haha..first time dapat main terasa jakun tu perkara biasa la kann..Alhamdulillah..walaupun sejuk2 tu demi ski, kugigihkan jua. Hahaha..

Suka tengok kawan memborong macam-macam barang. Kita beli keychain je wehhh..haha. Ada kenangan tu okey la kan..Makanan pon not bad..boleh je telan..Alhamdulillah…

Mengembara di bumi tuhan 27

Fuhh, finally habis jugak travelog daku… Alhamdulillah syukur diberi peluang untuk berjalan di bumi Allah. Lepas ni plan nak ke Jepun-Turki-Swedan-NZ-Syria-Jordan..Haha berangan je la dulu..Rezeki berjalan tu Allah yang bagi..Buat kerana Allah untuk sukakan Allah… ^_^

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah