skip to Main Content
Pengalaman Di PNB Ilham Resort Port Dickson  |  Resort Di Port Dickson Yang Murah
Pengalaman di PNB Ilham Resort Port Dickson  |  Resort di Port Dickson yang murah  Trip kali ini HN pergi dengan otai-otai blogger. Rezeki jangan ditolak. Hehee
Mulanya HN tengok kawasan yang sunyi macam ni ada ke orang nak duduk? Tapi pandangan ku salah rupanya setelah berpeluang duduk selama 2 hari 1 malam rasa nak datang lagi lepas ni. Sebab apa? banyakkkk sebab antaranya ialah PNB Ilham Resort Port Dickson ni sesuai untuk sesebuah syarikat atau individu untuk mengadakan seminar, Majlis Makan Malam, Hari Keluarga, Majlis kahwin dan banyak lagi.
PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 2
Kawasan yang terletak di pinggir Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, menghadap ke Selat Melaka dan kira-kira 18 km dari bandar Port Dickson ini merupakan kawasan strategik untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan yang sukakan menikmati keindahan alam.
PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 3
Sampai je kami disana, terus makan tengahari memandangkan dah masuk waktu makan tengahari. Makanan-makanan yang disediakan oleh Chef terkenal iaitu Chef Zam zam yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan dan pakar dalam penyediaan makanan melayu ini semua sedap.
PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 4

Sempat bergambar dengan Chef Zam Zam.

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 5

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 6

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 7

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 8

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 9

Tak muat pinggan nak letak. Gear box tu terbaikkkk lahh!!

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 10
PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 11

Pulut kuning dan rendang ayam disediakan sebagai sarapan pagi.

PNB Ilham Resort menyediakan makanan yang dijamin halal dan memiliki sijil yang diperakui oleh SIRIM dan penting PNB Ilham Resort ini antara Resort di Port Dickson yang mematuhi syriah Islam. Alhamdulillah. Tak banyak Resort yang bercirikan konsep Islam seperti di PNB Ilham Resort Port Dickson.
PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 12

Chef Zam Zam sempat buat demo secara live.

Aktiviti di PNB Ilham Resort Port Dickson

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 13

Kami selesai memakai alatan keselamatan.

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 14

Pakai pampers comel je.

Alhamdulillah dekat PNB Ilham Resort Port Dickson ni akhirnya HN dapat mencuba aktiviti baru yang tak pernah cuba lagi. Keterujaan untuk melakukan memang sangat la excitedddd !!! Antaranya ialah ‘Repelling‘ ni. Penah cuba tak? Sementara menunggu giliran, ada la sikit nervous. Siapa tak cuak oihh, ketinggian 10 tingkat sama dengan 108 kaki.
PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 15

Aktiviti Pertama : Repelling Besttttt !!!


Aktiviti ni bila kita rebahkan badan dan 
adjust sikit-sikit tali tu kita akan bergerak laju. Seboleh-boleh HN nak adjust banyak-banyak sebab nak lawan dengan orang sebelah, Dr Fuh. Akhirnya HN sampai dulu. Hahaa.. 
Aktiviti kedua pulak selepas berehat sebentar minum petang di Rimba Corner, ialah Water Rafting . Tapi sebelum mulakan, kami diberi dua kumpulan dan bina rakit sendiri dalam kumpulan seramai 8 orang. Perghh mencabar jugak ! Kalau salah cara bina, boleh lemas nanti. Tapi Alhamdulillah dengan kerjasama ahli pasukan rakit yang dibina kukuh.
Rupanya dalam aktiviti ni kami tertipu. Tertipu sebab kedalaman air laut. Penjaga bendera pula berlakon seolah-olah dalam la laut tu kan. Haha. Tapi apa-apa pun ada jugak la pengalaman dengan water rafting ni.
PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 16

Kredit pic : iluvtour

 Aktiviti hari kedua pula ialah Jungle Trekking dan menuju ke rumah api. PNB Ilham Resort menjadi tumpuan burung helang yang datang dari negara lain untuk mencari makanan. 

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 16

Jungle Trekking

Selesai aktiviti Jungle Trekking dan Rumah Api Tanjung Tuan, kami berehat di Rimba Corner sambil menikmati karipap sedap sebelum memulakan aktiviti seterusnya.

Aktiviti terakhir kami di PNB Ilham Resort ialah Rope Course. Sekali lagi HN diberi peluang untuk melakukan aktiviti lasak seperti ini. Owhh teruja sungguh !!! 

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 17

Amacam, ada berani? Hehe

Aktiviti malam setelah selesai makan malam, kami mengisi masa dengan main snooker sebelum kami berjalan malam di sekitar laut.
PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 18

Ni mengajar ke bergadoh ni? Hehee

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 19

Tengok tangan tu. Kekwat sungguh la orang tak reti ni.

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 20

Penjumpaan di lautan yang surut. Apekahhh ini?

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 21

Nelayan sedang mencari umpan cacing yang besar-besar dengan menaburkan air belacan.

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 22

Cacing besarrr. Banyak dalam baldi dia. Geli !

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 23

Kesian Anak ketam menjadi mangsa yang dijumpai dalam beg Qaseh gara-gara Danish. Haha.

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 24

Seronok berbuaian di waktu malam.

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 25

Santai Travel.

Jenis Bilik di PNB Ilham Resort 

Di PNB Ilham Resort terdapat 6 Jenis bilik yang disediakan. Pendapat HN bilik-bilik disini dekorasi bilik semua lebih kurang sama. Apa yang membezakan bilik tersebut hanyalah jenis bilik sahaja.
PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 26

Klik gambar untuk lebih jelas.

Kemudahan bilik yang disediakan di setiap rumah ialah katil jenis queen dan twin, air conditioned, telefon, Astro Tv Channel, Pengering rambut, Iron/ iron board, Mini bar, Complimentart coffee & Tea juga terdapat tafsir Alquran.
PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 27

Rumah HN dengan Qaseh, 3 bilik Ground Floor berdepan dengan Pool.

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 28

Sesi lawatan ke bilik sambil menonton berita tentang MH370.

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 29

Pool.

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 30

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 31

Antara Anugerah-anugerah yang dimenangi oleh PNB Ilham Resort .

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 32

Qaseh belajar ambil gambar dengan kak tina.

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 33

Rumah 4 bilik ni spesial sikit.

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 34

Sangat luas ruang tamu dia. Best untuk keluarga yang ramai.

PNB Ilham Resort Port Dickson Murah 35

Queen Size Bed

 

Untuk tempahan boleh hubungi :

PNB Ilham Resort 
 
Batu 10, Tanjung Biru,
71050 Si Rusa, Port Dickson,
Negeri Sembilan, Malaysia
 
Tel : (606) 662 6800
Fax : (606) 662 5646
 
www.ilhamresort.com
Email : reservation@ilhamresort.com

Facebook Komen

Back To Top