skip to Main Content
Pengalaman Menaiki Cruise Tasik Putrajaya  |  Foot Loose @ Cruise
Pengalaman Menaiki Cruise Tasik Putrajaya | Foot Loose @ Cruise Tasik Putrajaya Alhamdulillah tahun 2014 banyak meninggalkan kenangan manis walaupun belum lagi masuk pertengahan tahun. Mana taknya, duduk Putrajaya lama dah tapi baru berkesempatan untuk naik Cruise Tasik Putrajaya pada tahun 2014.

pengalaman naik cruise tasik putrajaya 4
Kak Sue , Qaseh bersama Maskot Cruise yang menyambut ketibaan kami.


Aktiviti ni satu hari dengan Sahabat Media dengan kerjasama Tourism Malaysia. Lepas melawat Doraemon tu, kami pergi ke Putrajaya pula untuk Hi-Tea bersama Cruise Tasik Putrajaya ni. Seronoknya atas cruise ni siap boleh ber ‘spa’ lagiii okey!!! Dah namanya Foot loose @ Cruise kann..


pengalaman naik cruise tasik putrajaya 3
Gadis2 dari Seri’s Spa .
 
Maklumat Mengenai Cruise Tasik Putrajaya
 
Cruise Tasik Putrajaya terletak ditengah- tengah Putrajaya iaitu di kawasan tasik dengan keluasan 650 hektar. Cruise Tasik Putrajaya adalah antara inisiatif yang diambil oleh Perbadanan Putrajaya bertujuan menyediakan kemudahan rekreasi atau riadah kepada pengunjung tempatan dan pelancong asing serta menjadikan ianya sebagai produk pelancongan terbaik di Malaysia.
 
Bermula 1 Julai 2013, Cruise Tasik Putrajaya telah dengan rasminya menjadi anak syarikat Perbadanan Putrajaya, iaitu menyediakan perkhidmatan bersiar-siar di atas bot serta untuk acara korporat dan persendirian yang lain. Pengunjung boleh memilih dua jenis pengangkutan yang disediakan ketika melayari Tasik Putrajaya.
 
Sama ada menaiki bot penumpang atau gondola berbentuk perahu tradisional melayu. Bot pelayaran ini bertolak dari Jeti Putra, Presint 1 untuk pelayaran selama 45 minit. Untuk keselesaan, bot yang berhawa dingin ini dapat memuatkan seramai 70 orang untuk menyaksikan pemandangan indah sekitar Putrajaya melalui tingkap kaca disekeliling bot.

pengalaman naik cruise tasik putrajaya 5

Menikmati Hi-Tea yang disediakan.


pengalaman naik cruise tasik putrajaya 6

Muka happy dapat naik Cruise Tasik Putrajaya ni. Hikss

Untuk pakej Cruise Tasik Putrajaya ni terdapat banyak pakej yang disediakan.Buat yang pertama kali datang Putrajaya ni rugi kalau tak cuba, sebab kalau dah cuba mesti nak lagi
dan lagi dan lagi nanti. Hehee.
So, rancang perjalanan dan pakej yang ditawarkan mereka disini.


Antara pakej yang ditawarkan ialah : 
 
1) Foot Loose @ Cruise [ Entertainment & Cocktail ]

 

– Setiap Hari Sabtu Malam

 

– Minimum 30 pax

 

– Persembahan ‘Live Band’

 

-Cocktail

 

-1.5 Hours Cruise

 

– Rm 150/ pax

 

2) Cruise & Hunt 
– Setiap hari 10.00 am – 3.30 pm
– Minimum 40 pax
– From RM30/ pax

 

3) Cruise & Learn
– Setiap hari 10.00 am- 3.30 pm
– Minimum 40 pax
– From RM18/ pax
 
4) Dine @ Daun
– Setiap hari 10.00 am – 9.30 pm
-Minimum 15 pax, maximum 20 pax

 

5) Moonlight Cruise
– Setiap Hari Jumaat dan Sabtu 8.30 pm & 9.30 pm
– Sightseeing Cruise Boat
-Perahu Dondang Sayang

 

6) Love Boat 
 Isnin – Khamis : RM 250/ jam
– Jumaat – Ahad & P. Holiday : RM 350/ jam

 

7) Perahu Dondang Sayang
– Isnin – Khamis 10.00am – 6.30pm
– Jumaat – Sabtu 10.00am – 9.30pm
– Ahad & Public Holiday 10.00am-7.00pm
-Harga standart = Dewasa ( RM 40 ) Kanak-kanak ( RM26 )
-Harga Mykad = Dewasa ( RM20 ) Kanak-kanak ( RM12 )

 

 

Cruise Beyond Your Imagination

Cruise Tasik Menjanjikan Pengalaman yang Memukau dan Terbaik di Putrajaya

 

Hubungi :

No Fon : 03-88885539
Web : http://www.cruisetasikputrajaya.com/
Email : sales@cruisetasikputrajaya.com

Facebook Komen

Back To Top