skip to Main Content
Anugerah Ejen Pelancongan 2013-2014 di Star Cruise Libra | Star Cruise Libra telah menjadi pilihan tempat untuk Majlis Malam Anugerah Ejen Pelancongan 2013-2014 pada 21 Februari 2014 yang lalu.
Majlis yang berlangsung dengan meriahnya ini telah dihadiri lebih dari 30 wakil ejen pelancongan di mana ejen tersebut yang mempunyai Syarikat Pelancongan yang berada di Malaysia telah dianugerahkan pingat dan cek berdasarkan jumlah pencapaian perniagaan cemerlang mereka kepada Star Cruise sepanjang tahun 2013.
Selain tujuan untuk menghargai peranan industri perdagangan pelancongan, dengan majlis seperti ini juga bertujuan untuk menghargai dan mendekati pelanggan untuk berlayar dengan Starcruise dalam suasana yang eksklusif serta merasai sendiri pengalaman menikmati pemandangan yang mengujakan.
Penulis sendiri sangat teruja dan buat pertama kali menghadiri Majlis Mewah dan eksklusif tetapi berkonsepkan santai iaitu tema pada malam itu Aloha. Rata-rata yang menghadiri Majlis tersebut mengikut tema pada malam itu.

Sebelum Majlis penyampaian bermula, kami dihiburkan dengan band tersebut. Nyanyian mereka memang sangat mantap.
Ada 3 kategori Anugerah yang dipertandingkan. Antaranya ialah :
1) Best Product Manager
2) Top 10 Best Performance Agent Award 2013
3) Million Dollars Awards 2013
Senarai Pemenang untuk Anugerah tersebut ialah :
1) Best Product Manager 
Vacation Hub Travel & Tours Sdn Bhd : Mr Lee Yean Wee 
Memenangi hadiah SuperStar Aquarius Ex-Keelung 3 malam Cruise Oceanview Stateroom with Balcony untuk 2 orang.
Hwangjing Travel & tours Sdn Bhd : Mr liew Lai Mei
Memenangi hadiah SuperStar Virgo Ex-Hong Kong 5 malam Cruise Oceanview Stateroom with Balcony untuk 2 orang.
Asia Cathay Travel Sdn Bhd : Mr Anthony Ing
Memenagi hadiah Norwegian Epic Western Mediterranean Cruise Balcony Stateroom untuk 2 orang
2) Top 10 Best Performance Agent Award 2013
Asia Cathay Travel Sdn Bhd
Airlink Travel & Tour Sdn Bhd 
Fantastic World Leisure Vacation Sdn Bhd 
Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd
Hwa Yik Tour & Travel ( Penang ) Sdn Bhd
Chris Travel & Tour Sdn Bhd
Pyo Travel ( MY ) Sdn Bhd
Resorts Worlds Tours Sdn Bhd
Skyzone Tours & Travel Sdn Bhd
Vacation Hub Travel & Tours Sdn Bhd
3) MILLION DOLLARS AWARD 2013:
Airlink Travel & Tour Sdn Bhd 
Vacation Hub Travel & Tours Sdn Bhd
Hwangjing Travel & tours Sdn Bhd
Asia Cathay Travel Sdn Bhd
Tahniah semua pemenang.



Artikel ini dikongsi dari Projek Travel

Facebook Komen

Back To Top