Railway Tourism Malaysia | Visit Malaysia 2014

Railway Tourism Malaysia | Visit Malaysia 2014 | Assalamualaikum..Tak sampai seminggu lagi sejak pulang dari Perak bersama sahabat blogger berjalan-jalan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dah termimpi-mimpi kan dan kerinduan dengan keindahan Homestay Kg Beng. Semalam mimpi sesat sorang-sorang di lautan pada waktu malam pula tu. Perghh. Sedar-sedar dah subuh rupanya.


Pada 10-12 Januari yang lalu, HN dan rakan blogger lain dijemput untuk memeriahkan acara Majlis pelancaran Malaysian Tourail Packages yang bertempat di KL Sentral dan Ipoh sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

   

Ucapan dari  Dato’ Seri Muhammed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz di KL Sental

Majlis Pelancaran ini disertai oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu Dato’ Seri Muhammed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz, Para Pelancong, International student serta pihak media lebih kurang 150 orang peserta yang terlibat. 

Rasanya kali terakhir HN naik KTM ni masa belajar dulu lebih kurang 3 tahun yang lalu. Terasa tua sudah. huhu. Tapi tu dengan KTM. Perkhidmatan tren Electric Train Service atau ETS adalah perkhidmatan terbaru yang diperkenalkan oleh KTMB. 

Pada masa ini, ETS terdapat dua kelas perkhidmatan telah diperkenalkan iaitu kelas Gold dan kelas Silver.Seiring dengan teknologi masa kini, ETS juga menawarkan tempahan secara online yang boleh ditempah seawal 60 hari sebelum tarikh perjalanan. Sesuai ni untuk tempah tiket balik raya bagi yang ingin mencuba kelainan selain dari menaiki bas. Selain itu, tiket boleh di tempah melalui tempahan email, kaunter tiket dan tempahan telefon.

Perjalanan kami pada hari pelancaran dari KL Sentral ke Ipoh, Perak mengambil lebih kurang 2jam sahaja tanpa berhenti di mana-mana stesen dengan kelajuan paling tinggi 144km/h. 

Jadual laluan ETS dari KL Sentral ke Ipoh.

Tambang ETS ni bagi HN murah lagi dari bas kan
Servis yang disediakan dalam ETS ni juga tidak menghampakan kami. Keadaan dalam train dengan tempat duduk yang selesa. Malah, disediakan juga plug di bawah tempat duduk untuk kegunaan caj telefon atau laptop. Disediakan juga kafe di koc C yang menyediakan menu yang pelbagai dan sedap.
Tandas Vakum dalam ETS.
Jam 6pm ETS bergerak, jam 6.45pm Dato’ Seri dah melawat ke koc E kami. 
Dato’ Seri yang sporting beramah mesra di setiap koc.
Lebih kurang jam 8.20 malam kami sampai di  Stesyen Ipoh dan terus diadakan sidang media dekat tepi train tu juga. 
 
Suasana sidang media di Stesyen Ipoh.
 
Mereka bersama pramugara dan pramugari ETS. 
 
Dato’ Seri merasmikan Majlis Perasmian Brosur Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014
 
 Barisan artis dan penari yang bergambar bersama Dato’ Seri. Antara artis yang memeriahkan majlis ialah Mus dari kumpulan May, Najwa Latif, Sheeda Dangdut, Azwan Ali sebagai pengacara majlis, Ronnie Hyperact, serta Cherish 2000.
 Ronnie Hyperact membawa lagu Harapan. 

Najwa Latif
Cantik Najwa Latif ni kan. Tahniah dik. Moga terus sukses dalam bidang yang diceburi.
Untuk mereka yang berminat dengan pakej percutian dengan ETS ni, pihak Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) ada menyediakan pelbagai pakej percutian yang menarik. Boleh la melawat SINI untuk info lanjut.
Pengalaman HN di Kampung Beng sangat best.
Untuk info lanjut boleh hubungi :
 

RAILWAY TOURISM ASSOCIATION MALAYSIA

Malaysia Tourism Centre (MATIC)

No. 109, Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Tel No: + (6017) 3641157, +(6019) 3268480

Fax No: +603-91081565
E-Mail: tourail.packages@gmail.com

            secretariat.rtam@gmail.com

Website: www.malaysiarailwaytourism.weebly.com
Facebook: www.facebook.com/Railway Tourism Association Malaysia – RTAM

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah