Pengalaman di Beijing [ PART 1 ] | Tips Melancong Ke Beijing

Pengalaman di Beijing [ PART 1 ] | Tips Melancong Ke Beijing | Assalamualaikum..Pengalaman ni mieza rasa paling dramatik bila mengenangkan kenangan di Beijing. Sebab macam tengok filem drama yang terbaik lah kononnya. Geram ok..watak yang dimainkan sangat terbaik dan bila fikir-fikir balik menyampah gila dengan drama tersebut..


Alkesah dia..Kebiasaan sebelum bercuti kemana-mana memang mieza ada buat research sikit pasal tempat dan pengalaman orang lain yang pernah pergi. Kebetulan pula, ada dua orang kawan yang baru balik dan cerita info macam-macam dekat mieza. Terima kasih poji dan myza .

Standart la kalau ikut Travel Agensi , tempat-tempat lawatan di kedai-kedai kerajaan mesti akan jadi agenda utama pemandu pelancong trip mieza kali ni, Mdm Phang. Yelah mereka akan dapat komisen dengan hasil barang yang kita beli di kedai kerajaan tu. Kalau datang beijing ikut travel agensi mesti korang akan dibawa ke 8 tempat kedai kerajaan iaitu tempat urut kaki, jade, kristal, bamboo charcoal, kedai ubat, kedai sutera, kedai teh, dan pearl.

Dari segi masa, tempat-tempat menarik macam tembok besar, Forbidden City, Summer Palace, Olympic Stadium dan Jinhui Ski Resort sangat laaa terhad. Kalau government store tu kemain lama mdm Phang bawak. Okey pasrahh…

ni haa madam phang yang garang rasa nak pang-pang banyak kali !! Opss..terlebih sudahh!!


Tempat yang paling dramatik tak boleh tak boleh lupa tu ialah kedai pearl. Kalau boleh yang pergi beijing tu amalkan konsep ‘dengar boleh,percaya jangan’. hahaha. sebab cina di beijing ni memang macam tu. haiyaa..

Masa kami dibawa ke kedai pearl ni kami seramai 31 orang dibawa ke dalam sebuah bilik kecil. Kemudian ada sorang amoi ni masuk memperkenalkan diri sebagai lee ape ntah lupa nama dia. Amoi ni mieza lupa nak ambil pic dia. Dia sangat peramah dan pandai juga buat lawak. Boleh la kira baik jugak la kan..

Tak lama lepas tu ada sikit isu bila dia kena keluar dari bilik tu dan berkomunikasi dengan staff lain di luar yang kami tak paham amenda…kemudian miss lee tu cakap dia kena handle group lain sebab yang pandai cakap english tak ramai then dia serahkan dekat sorang lagi kawan dia..ada staff lain siap tunduk hormat lagi orang dia nak masuk..macam dah pelik jugak disitu..tapi fikir dia orang atasan mungkin..

bila staff tu masuk..cara dia masuk tu macam takut2 gila..serupa macam kami ni nak terkam dia…ahaks..lepas tu cara dia cakap tu terrrgagap2..katanya tak pandai english..setapak2 dia jalan ke depan…Time tu kitorang terfikir dia ni malu2 atau segan2 je..katanya baru je start kerja dekat situ sebab baru habis belajar…

Dia cerita semalam ( sehari sebelum kami datang ) ada group dari Filipin ni datang dan dia yang ditugaskan untuk entertain mereka memberi penerangan di sebuah bilik..tetapi dengan english dia yang tak berapa nak fasih tu group filipin tu dia gelak-gelak then terus keluar dari bilik tu..so dia tercenggang2 dan rasa malu la…katanyaaa laa….

Dia jadi fobia nak terangkan dekat pelancong yang datang..tu yang dia tergagap2..kalau HN pon macam tu kot..haha

Kemudian masa yang kami datang tu dia suka la sebab dia kata ‘Malaysia bagus’..dia taw makan durian ok!!! Siap durian musang king lagii dia gtaw dia suka..nanti dia datang malaysia dia nak makan durian tu..Lepas tu dia cerita la pasal pearl n so on..masa dia cerita ni ada la dua tiga kali dia ulang benda yang sama then ‘understand me?’ berkali2..siap puji lagi yang mana pakcik2 tu kata macam tak nampak tua la..ada sorang pakcik ni katanya nampak macam korean look laa..pandai betul dia ambil hati..

Dia cerita yang dia ni baru habis belajar, ayah dia suruh keje terus dekat company pearl tu..kemudian baru kami tau yang dia nih anak tokey rupanya..dia dengan abang dia yang uruskan pearl tu sekarang..ok time ni HN tak dapat tangkap lagi…

Kemudian oleh kerana kami ni bagus, baik lahh..dia nak bagi cincin pearl sorang satu..perghhh!!! siap pesan..dia kata jangan bagi tahu staff dia dan orang lain lagi..baiknya hati anak tokey ni…kami pon pakattt terima je la dah orang nak bagi kan…^_^

Lepas tu dia bawak dekat satu lagi bilik khas..memang macam bilik kebal dah bilik tu..dia terang la macam2 dan dan dan….ehhhhh macam penah berlakuuu je..pap!!! baru teringat kisah dalam blog yang dibaca tu…memang sebijik dan sama dan MANTAP la lakonan dia…perghhh kalau tak caya cuba la korang pergi tempat ni…mesti terpedaya juga laa..Ada satu bracelet tu harga die 2280yuan = RM1140. Tetiba si amoi nie dengan baik hatinya sbb kitorang nie first customer die dan as anak bos yang bakal mewarisi syarikat tu so die pon bagi diskaun kat kitorang dari 2280yuan jadi 400yuan = RM200. Semua staff die yang ade kat depan tu buat muka terkejut sbb terlampau murah. Si amoi tu siap cakap lagi kat staff die, “no commission for you”. 

Cerita dekat wani ( kawan HN yang pergi sekali ) haa rupanya dia pon dah mengagak..tanya lagi sorang akak dalam group kami..rupanya dia pon tahuuu..ok ada yang dah tahu tu kami cerita dekat yang macam ada ura2 terpedaya nak beli..bukan kejam tapi nak selamatkan poket mereka..sebab dengar cerita memang dah nama tmpt kerajaan kan..memang extra mahalll la kan..tapi terpulang la korang nak beli ke tidak..even dekat malaysia nun sabah tu pon memang ada ori pearl kan..


amoi ni cantik..terpegun jugak tengok kecantikan yang dia ada..tapi dia ni la anak tokey yangg hmmmm..
kalau tengok blog lain ‘anak tokey’ dia lain…trip kami ni haa ‘anak tokey’ cun..

kesimpulan, kalau nak pergi beijing ni pilih la barang yang betul2 rasa kat Malaysia takde atau kat Malaysia ku aman tu harganya mahal berbanding dekat beijing..Jadi pengguna yang bijak ok !!! Ramai yang tertipu dekat kedai pearl ni..Owh yea kedai Pearl ni yang berdekatan dengan Beijing National Stadium berdekatan Olumpic’s Village..

Tempat lain akan diteruskan dalam [PART 2] kisah yang best..Pengalaman main SKI !!! Syiokkk rupanya wehh..tak sabar nak main lagi..kat Malaysia nih mahal dan..tunggu..hihi..








17 comments

  1. Dah ramai yang kene.. ingatkan dah xde lagi.. rupa nyer ada lagi hahaha.. Apa pun sebelum melancong buat la sedikit research even ikut agent untuk avoid benda yg tak di ingini.. nasib dah tahu cerita drama diorang .. kalau tak abis la.. ” anak tokey” ” dan bakal mewarisi” tu yg tak tahan hahahah 😛

  2. ohh…begitu ceriternyer di beijing..x sabar nak tunggu yg part2…tpkan amoi anak tokey tu cun la..untung klau dpt ngurat anak tokey..hehehe..ade no ke email dier ke? mana tau dpt anak tokey pearl…mmg perghhh la…hehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah